Followers

PERVERT GUY IN PULAU PERHENTIAN

Assalamualaikum. Nak cerita sikit pengalaman pahit dekat Pulau Perhentian tempoh hari. Memang aku cerita yang manis manis ja sebelum ni. Tapi ada juga yang pahit terjadi. Biasa lah, pahit manis kehidupan mesti seimbang tapi perlu sentiasa berhati hati. Aku cakap sini bukan nak jatuh kan bisnes pelancongan kita sendiri tapi ini lah yang aku lalui sendiri. Kalau aku tak cerita, korang semua tak tahu dan akan terus anggap semua orang baik. Kita kena tengok juga dengan siapa kita boleh percaya. Jom lah aku mula cerita. Kan tak tercerita pulak, mukadimah je yang panjang.

Ceritanya bermula ketika aku pergi snorkelling. Aku cakap direct je la, kalau tak cakap direct pun korang boleh faham kan. Ni kisah pakcik bot yang gatal. Aku pergi snorkelling 4 orang, 2 perempuan aku dengan kawan aku dan 2 lelaki, aku tak kenal lagi masa ni lelaki tu. Bila dah sampai point pertama beria pakcik tu ajak kami ikut dia. Kami ikut je, dia bawak tengok coral lawa lawa. Kalau tak ikut memang kami main tepi tepi air je la. Snokerling tempat cetek je la. Lepas dah point ke dua. Aku ajak lelaki dua orang tu ikut kami sebab nanti pakcik tu bawa tengok coral lawa lawa. Bila nak gerak, aku cakap kat pakcik tu suruh tunggu budak lelaki 2 orang tu. Dia cakap biar lah kat dia. Dia lelaki. Kite bawak yang perempuan je. Tu pun dah lain macam je.

Lepas cek point lain pun sama, dia tak hirau sangat lelaki, duk menggatal dengan perempuan. Kalau depan lelaki boleh buat biasa ja. Lepas sampai kampung nelayan kami nak makan tengah hari, dia tinggal lelaki tu pergi kedai makan lepas tu bawa kami jalan dekat pulau depan kampung nelayan. Mulanya memang aku tak nak ikut sebab dah lapar, tapi kawan aku yang nak pergi. Aku ikut je lah. Dia jumpa kawan dia sembang kejap lepas tu baru bawak kami pergi makan dekat kampung nelayan. Balik tu siap ajak kami pergi point lagoon, kami cakap okay je tapi bawak lah yang lelaki 2 orang tu. Dia cakap tak payah la, kita hantar dulu lelaki tu dekat long beach, baru kita pergi lagoon. Aku banyak kali cakap nak ajak lelaki tu. Tapi dia memang tak nak lah. Last sekali aku cakap taknak ikut dia, nak balik rehat, dah penat. Banyak kali jugak dia pujuk, memang tak lah aku nak pergi.

Malam tu lepas makan malam dalam pukul 10 malam, kami nak jalan jalan kejap tepi pantai, lepas tu dengar orang panggil nama kawan aku, tengok tengok pakcik tu datang tercegat kat situ. Dia cakap datang hantar orang, lepas tu dia ajak lepak. Dia cakap dah la call kami tak angkat, memang la sebab handphone tengah cas. Nasib baik fon mati. Kami suruh dia balik je sebab kami nak pergi tempat lain. Lepas tu dia boleh pulak cakap, kite datang nak jumpa dia, dia suruh kite balik pulak. Ewah ewah kau!. Nasib baik lelaki 2 orang tadi ada depan khemah diorang. Terus kami cakap nak lepak dengan budak lelaki tu dan kami pun terus gerak. Pakcik tu tunggu je tercegat kat situ. Kami terus pergi dekat lelaki tu dan cerita dekat dorang. Mulanya dorang macam tak percaya dan ingat pakcik tu ajak lepak biasa biasa je. Diorang cakap pak cik tu pun ada call diorang. Okay lah positif sikit. Diorang ajak pergi lepak dengan pakcik tu.

Kami pun ikut je, sebab nanti kan cakap sombong la apa la kan. Masa lepak kami yang perempuan ni diam je. Tapi pakcik tu boleh cakap benda benda sensor depan kami. Walaupun bertapis, tapi masih boleh paham. Pastu tiba tiba fon salah seorang lelaki tu berbunyi. Pastu pak cik tu muka cuak, cakap ‘ ohh, ni no abang?’ mungkin dia nak call kami sebenarnya tapi tak tahu no mana satu sebab kami customer dia dalam masa yang sama. Pastu 2 lelaki tu ajak pergi jalan, kami pun memang nak lari dari pakcik tu. Sebelum gerak pakcik tu cakap, jumpa kat bar nanti. Eh, orang tua ni memang nak kena. Dia ingat kami ni apa? Sambil jalan diorang cakap ‘pervert gila pakcik tu’. See, yang lelaki pun boleh cakap macam tu, apa lagi kami. Lepas tu duduk dengan 2 lelaki tu sambil sembang sembang. Aku ambil handphone aku yang tengah cas tengok banyak miscall dari no tak kenal. Dalam pukul 12 kami Nampak pakcik tu dah gerak pergi bar. Lepas selang beberapa minit, ada orang call no aku. Cek dengan lelaki tu dia cakap no pakcik tadi. Nasib aku tak angkat. Nasib jugak dia tak tahu aku duduk khemah mana. Mujur lepas tu dia dah tak ada call ke apa. Mungkin dah ada mangsa baru.

Hati hati lah walaupun di negara sendiri. Kita tak tahu dengan orang macam mana kita jumpa. Alhamdulillah aku jumpa 2 lelaki tu yang boleh tolong kami. Nasib baik hampa ada, kalau tak, tak tahu dah nak buat apa. Kalau pergi mana mana dengan perempuan je, memang kena cari kawan lelaki yang boleh tolong. Tapi jangan cari yang macam ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ sudahlah. Bersyukur kepada Allah kerana masih selamatkan kami dari lelaki macam tu. Harapnya lepas ni aku tak jumpa dah lelaki macam tu. Ambil lah iktibar dari pengalaman aku yang tak seberapa ni. Nak pergi jalan boleh, tapi sentiasa beringat. Jangan terlampau gembira. Kat sini bukan aku nak malukan diri sendiri atau nak jatuh kan satu sumber rezeki, tapi untuk pengajaran semua.

Untuk pihak pakej juga, perlu ambil berat tentang kebajikan customer dengan pekerja anda. Ni taka da lah aku dedahkan sangat identity ampa. Tapi kalau yang cerdik, boleh tau je kalau baca entry aku sebelum ni. Tapi taka pa lah, ambil je pengajaran, tak payah nak siasat sangat. Mungkin bukan salah pihak pakej, mungkin ada juga silap kami yang terlebih mesra dengan pakcik tu. Harap ini menjadi pengalaman aku yang terakhir untuk jumpa orang macam ni. Ya Allah, Kau lindungilah hamba mu yang lemah ini. Amin ya rabbal alamin. Ambil lah sikit iktibar di sini, supaya kita terus berhati hati melangkah terutama nya lelaki.

Dah serik ke travel? Mesti lah tak. Hehehe


13 comments

  1. pulau perhentian best!
    tapi kalau ade pervert terus tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa. spoil jugak time tu. tapi yelah, pengalaman

      Delete
  2. dgr pervert pun dh seram kan.. tapi pulau perhentian mmg cantik dan jernih airnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. cantik kak eny. tapi tu lah. yg buat hal mcm tu org kg tu jugak

      Delete
  3. Yunk.. Reen baru niat nak pergi Perhentian seorang.. Lepas baca entry ni.. Tak pe lah. Terima kasih. Tak jadi g sorang. Kalau pape jadi kat pulau.. Macam mana agaknya. Bahaya.. Bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa renn. boleh je nak pergi. mana mana pun ada bahaya. kita lah yang kena hati2.mungkin tak kne kat orang lain, tpi kne kat kami. tapi kalau pergi dengan kawan ok sikit. sorang kawan pun tak apa.

      Delete
  4. Yunk.. sana ramai orang tak kalau hari biasa? Kalau Sabtu Ahad ramai kan...? Kalau waktu ramai, tak de lah risau sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu ramai je. kalau nak rmai p sabtu ahad mcam tu. takpon p time cuti umum lg rmai. rmai je yg baik kak. mngkin yg ni sorang je kot perangai mcam tu. hehehe

      Delete
    2. Sorang tu je perangai cam.. Macam.. Ermmmm.. Babun? 😳 in sya Allah.. Ade rezeki akan kesana jua nanti. Teringin nak jumpa pakwe kat sana.. Hensem.. Badan kental.. Oh encik penyu. Dapat jumpa mmg kena cium2..

      Delete
    3. hahhaaha, perangai tak semenggah sikit. in syaa Allah ada peluang sampai la sana kan. pergi dengan famili konfem selamat.

      Delete
  5. kalau saya, mmg gunakan kawan laki. like pretend pakwe or anything sbb taknak jd sour pulak. pastu mmg kena adukan la pada pihak yg sepatutnya.

    ReplyDelete