Sebelum balik Perlis hari tu ternampak promote post dekat facebook tentang Shellout pertama di Terengganu. Nasib tak balik Perlis lagi. Lepas tu beria ria lah aku nak rasa kan. Nak rasa dekat KL jauh sangat, tak terpergi.
Aku pergi semasa opening kedai tersebut. Memang ramai dan kena tunggu turn untuk dapat meja. Dah agak lewat baru dapat tempat.
Estadio Cofee & Bistro terletak di jalan belakang stadium Sultan Nasiruddin Shah KualaTerengganu, sederet dengan kedai HPA. Jenuh jugak awal awal tu nak cari. Nasib baik kawan aku tahu mana kedai HPA. Jadi senang lah nak sampai sana.
Mula mula sampai tu memang aku dah rasa macam nak cancel je makan sebab ramai sangat orang. Kena tunggu orang siap makan dulu. Time opening tu ada buskers yang nyanyi. Boleh tahan jugak la sementara bosan menunggu tu.
Dek kerana gambar promosi yang menyelerakan, aku nak sangat lah rasa shellout kat sini. Esh bukan aku nak cakap yang buruk-buruk laaa. Aku nak cakap yang makanan kat sini dapat sambutan yang sungguh luar biasa sampai habis. Aku tak dapat makan apa pon. Yang tinggal hanya chicken chop RM3.90. Ok lah kami order chicken chop ja 3. Lepas tu air special kat sini pun habis. Baru nak rasa air cofee dia sekali. Tak pe. kami order air coffee kat luar tu ja.Kat situ ada macam booth air.Boleh tahan jugak air dia. Kena pandai-pandai campur flavour. Bagi jadi unik sikit.
Last-last dia cakap chicken chop tinggal lagi satu set. Lepas tu ada lagi shellout untuk 2 orang. Tapi tinggal udang sayur dan kupang ja. Ok lah, aku setuju ja sebab memang dah teringin kan.
Taraaa..
Ni aku punya hidangan Shellout. Nasib lah kan siapa suruh lambat. Aku tak salahkan owner kedai sebab memang sambutan luar biasa malam tu.
Ni air yang kami order. Tiramisu Vanila, Latte Rapsberry dan Mocha Vanila. Latte Rapsberry tu kawan aku punya air. Paling pelik, tapi rasa boleh tahan. dia punya minuman yang paling sedap antara tiga tu.
Semasa nak bayar tu sempat lagi sembang dengan owner Estadio Cofee & Bistro ni. Dia mohon maaf sebab makanan tak cukup. Sungguh - sungguh minta maaf sebab dia sendiri pun tak sangka akan datang seramai ni. Lepas ni dia cakap akan upgrade dan perbaiki apa yang kurang malam ni. Next time boleh lah makan lagi. Tunggu orang susut dulu. Baru boleh makan dengan aman.
Ok Estadio Cofee & Bistro keep it up. Kami sentiasa menyokong anda. Cewahhh. Majulah Terengganu.
.......................................................................................................................................................
Estadio Cofee & Bistro
Jalan belakang stadium Sultan Nasiruddin Shah KualaTerengganu,
sederet dengan kedai HPA
Beroperasi dari jam 5.30 petang hingga 11.59 malam
.......................................................................................................................................................