Followers

BLOG KEMBALI BERTUAN.

Kalau perasan blog ni dah lama terbengkalai dengan post yang lama. Bermula study week yang bizi sampailah habis cuti sem. Cuti sem aku pun bizi dengan aktiviti Palapes lagi. Bila kat rumah, aku ambil peluang bersama keluarga. Penuhkan masa dengan keluarga. Laptop memang tak on dan selamat hantar kedai. Banyak sangat problem laptop ni.

Sekarang semua dah selesai dan dah selamat habiskan latihan palapes. Dah start sem baru dekat universiti ni. Tapi awal-awal masuk pun dah berlambak assignment dan drawing yang kena siapkan. Sem ni memang tak boleh nak releks macam sem lepas.

Result sem lepas Alhamdulillah. Amat berpuas hati. Tak pernah dapat secemerlang ni. Lepas ni kena keep it up dan kekalkan walaupun nak kekal tu sangat susah sebenarnya. Nak berjaya senang, tapi nak kekalkan kejayaan tu yang paling susah.

Lepas ni boleh la nak update blog selalu. Tapi tak boleh hadap blog lama jugak sebab awal sem ni banyak kerja nak kena siapkan.
Nah belanja gambar lobang hidung pojaan hati .


2 comments