Viewing rumah contoh Puteri Ariana, Kota Puteri. Hujung minggu lepas PKNS ada buat rumah terbuka dekat sale galery kota puteri dan launching projek terbaru Puteri Ariana dekat Kota Puteri. Kami tinggal dekat taman yang sama, dah setiap hari lalu depan projek Ariana tu, memang tertunggu-tunggu juga bila rumah contoh nak siap.
Bila ada peluang ni, kami pergi la view rumah contoh dekat situ dan sekali view rumah sebelum ni. Alang-alang kan. Pertama sekali kami pergi rumah Puteri Soraya, view rumah situ. Quit okay tapi tandas dia agak kecil, jadi iqbal macam tak berapa suka, dia kalau boleh nak tandas yang boleh bersilat dalam tu.haa. Puteri Soraya tinggal corner lot sahaja yang available. Kami tengok corner lot dia mak ai besar. Boleh muat 2 canopy dekat tepi. Kalau extend rumah boleh buat sebijik lagi rumah. Tapi yang tak best nya betul-betul tepi main pencawang eletrik. Jarak less then 500m. Dalam 300m macam tu je kalau dengan mata kasar leyla lah. Lepas tu kedudukan rumah tu hujung sikit dan semak sikit belakang tu, risau juga orang-orang yang tak berapa baik masuk belah situ kan. Sebab dia bukan gated. Yang harga dalam 600+ untuk corner lot.
Lepas tu terus gerak ke rumah Puteri Ariana, masuk first house kami dah jatuh cinta. Besar dan cantik. Yang penting tandas besar. Mungkin sebab Interior Design dia yang mantap buat kami lagi jatuh cinta. Kami view corner lot, tapi corner lot dah habis orang book, jadi berpindah ke rumah intermediate. Intermediate dia juga boleh tahan besar, bilik besar, dapur lebih besar dari puteri soraya, tandas besar. Keluasan type A rumah tu 22x75 sqf. Memang puas hati kalau dapat beli. Tak perlu fikir extend sebab dah selesa. Cuma ruang laundry belakang tak berapa luas hingga ke pagar. Parking boleh masuk 2 kereta. Cun dah tak ada kereta nanti penuh dekat kaki jalan dan lebih selamat la kereta.
Lepas tu kami lawat rumah type B pulak. Kecil sedikit berbanding dengan rumah type A berkeluasan 20x70 sqf. Tapi untuk keselesaan dah cukup. ID dia pun leyla suka, Muji style. Type A tadi ID lebih kepada moden dan premium. Bila tanya Iqbal dia lagi suka ID type A sebab premium katanya, tapi leyla lebih suka Muji style sebab nampak clean dan luas. Modern pun leyla suka cuma dia agak sempit tapi memang nampak lebih mantap la. Okay, ID kita cerita lain.
Bila tengok harga, type A around 631 000 selepas rebate 10% untuk first house dan type B around 570+ lepas rebate. Kalau LPPSA dapat lagi rebate 10% katanya. Huhuhu. Kami pun hanya mampu berangan yang rumah tu jadi milik kami and the other side balik rumah dan nangis dibuju katil sobs sobs.
Iqbal punya berangan, kalau tak dapat beli Ariana tu, next anak perempuan dia nak bagi nama anak Ulfa Ariana. Hahahah apoooo. Lepas tu cerita kat anak 'ada sebab nama awak papa bagi nama Ariana'. Sebab Afeeya dah Ulfa Afeeya, adik dia Ulfa Ariana. Hahaha sabor je lah.
Balik rumah hanya mampu berdoa ada rezeki untuk miliki rumah tu. Bukan rumah tu sahaja, semoga ada rezeki kami sekeluarga nak ada rumah sendiri. Bukan apa, sebab kawasan Kota Puteri ni sangat strategik dan aman damai. Tak sesak dan orang kat sini tak pelik-pelik. Jadi kami memang suka dan nak beli rumah kalau boleh area sini. Sebab senang atuk afeeya datang rumah, jalan dekat dan senang access.
Kalau tengok harga rumah sekarang kan kalau double storey memang around 600k jugak kan. Bagi korang okay ke tak harga macam tu? Apa pendapat korang tentang rumah ni? sebab kami pertama kali nak survey rumah pertama.
Okay jom leyla bawak korang view sekali rumah Puteri Ariana ni, jom layan gambar-gambar kat bawah. Lepas tu jangan lupa share korang punya 20cents okay.
10 comments
tak apa berangan dulu leyla insyaAllah ada rezeki nanti tu..Iqbal cikgu sekejap je naik gred naik kelayakan..harga rumah area sana memang seram kan takut bila dengar harganya tu
ReplyDeletebetul kak. harga rumah sekarang cobaan betul. mostly mmg harga mcm tu dekat sini. subsale pon lebih kurang je harga. in shaa Allah. semoga ada rezeki kami soon.
Deletememang cantikkk dan sy pula yg rs berbaloi kalau beli...
ReplyDeleteamboi iqbal... awal dah psg angan2.. bg laa can afeeya bermanja lama.sikit😁
betul kak. memang rasa berbaloi sngt kalau lepas beli ni. moga ada rezeki nya. hehe. berangan dulu kak. nak tambah lagi tu kena fikir panjang sikit hahaha
Deletewah...cantik sungguh rumah ini...kalau dapat beli ,,memang beruntung juga la ya
ReplyDeleteya tuan, kalau dapat beli ni untung sngt dah
Deletebaik beli skrg sbb nanti harga pasti akan naik dari thun ke tahun. hmm...ada yg murah tp jauh la dari bandar...
ReplyDeletebetul tu abe kie. kalau nk cari murah memang payah dah sini. itu harga mcm jadi standard dah. moga2 ada rezeki kami abe kie
Deletecantiknya deco rumah ni. mmg moden dan nampak mewah
ReplyDeleteCantiknya ID rumah moden. Dapat sebuah ni memang best. Lagi lagi ada ruang laman yang luas.
ReplyDelete