Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsi sesuatu yang saya rasa sangat penting untuk semua orang tak kira lah tua, muda, kecil, besar. Terutamanya kepada pemilik telefon bimbit yang canggih. Tak canggih pun kena buat ni !
Ajal maut, ataupun apa apa kejadian yang tidak diingini berlaku, kita tak tahu bila dimana dan sebagainya. Tetapi jika kejadian ni sudah tertulis, ia tetap berlaku. Jadi kita hanya berlu berhati hati dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Yang saya nak kongsi kali ni adalah pada screen home telefon pintar kita. Screen telefon kadang kadang tu ada yang letak gambar awek atau pakwe kan? Jadi apa salahnya kita selitkan disitu no ibu bapa kita ataupun no letefon waris terdekat. Sekiranya ada sesuatu kejadian yang tak diingini berlaku, mudah lah untuk sesiapa menghubungi mereka. Ada sesetengah tu letak password kan, takut orang selongkar telefon bimbit dia. Jadi cara ni senang, tak payah bukak memang dah nampak no telefon ibubapa.
Banyak kes yang susah untuk menghubungi keluarga kalau perkara yang tak diingini terjadi. Contohnya kes kemalangn, kemungkinan telefon bimbit kita masih terselamat. Jadi sesiapa yang menolong tu boleh telefon keluarga untuk memaklumkan kejadian tersebut.
6 comments
wah. betul3. tq for the advice. BTW, comel and kretif gambar tu
ReplyDeletehaaa ye. penting ni. senang org nak trace waris atau famili
Deletenice sharing kak.
ReplyDeletewc awok
Deletenice info ni Leyla..
ReplyDeletekak ain pun tak teringat nak buat.. lepas ni kena letak lah..
by the way,
comelnya watermark...!! hehehehe.. :)
Thank for sharing..
ReplyDeleteSaya dah follow back.. jemputlah join segmen pertama kali saya
http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/03/segmen-familyblogger.html