Followers

POKOK DI BALKONI

Bertambah lagi pokok di balkoni. Abah (Ayah mertua) suka menanam dan semai pokok, bila menantu minta nak apa-apa pokok dia kan semai dalam pasu, bila dah besar elok, dibawa nya ke rumah. Bertambah la lagi satu pokok pandan. Senang kalau nak masak ambil je. Tapi bila dah ada depan mata tak guna-guna juga. Bila lah agak nya nak menjadi nasi lemak ya. 


Pokok pudina tu semakin membesar dah. Hari tu beli kecik je lagi. Basil pun dah tinggi. Dah petik berkali-kali dah buat spageti & pak kraw pow. Lepas ni nak cari thai basil pulak lah sedap sikit buat pat kraw pow. Sweet basil ni aroma dia kuat sikit dari thai basil rasanya. Kecil-kecil tu pokok pak ci atau ketumbar jawa, susah nak hidup sihat dalam pasu ni, asyik diserang kulat putih tu je, minat betul dia dekat ketumbar jawa ni. Nanti nak pergi kedai bunga lagi la beli ketumbar jawa yang dah besar sikit. Mungkin lebih senang jaga. 

Nak beli bunga jugak sikit-sikit bagi berseri dengan bunga-bunga pulak. Afeeya suka kawasan ni, bila tengok mama buka sliding door je terus ikut sebab nak siram pokok. Dari kecik leyla selalu bawak dia siram pokok sama-sama. Harap dah besar nanti jadi pencinta pokok dan alam. 


Tengok, ini tolong atau mengacau mamasiram pokok? pump siram pokok mama diterbalikkan nya. Macam tu lah ragam nya bila mama siram pokok. 

Sekian.

10 comments

  1. Masak nasi putih biasa pun bole letak daun pandan. Nasi jadi wangi. Selamat bercucuk tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu kan. nanti leyla try. weekend je boleh berbagai2 masak. kalau weekdays tak sempat nak fikir masak. masak yang ada depan mata je

      Delete
  2. akak tak boleh tanam pokok bagi pokok yg dah besar pun duduk dengan akak boleh mati padahal jadi tukang siram je,dah berapa kali cuba bela pokok tak nak juga dengan akak sempat 2,3minggu dah mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya pon mcm tu kak. masa mengandung tu mai gian nak menanam, lepas beranak mai lagi gian nak menanam herbs. dulu tanam asyik mati je, tapi kali ni dia elok pulak. mungkin sebab pencahayaan sama kot. tu jadi excited pulak nak menanam macam2

      Delete
  3. Begitulah kan mak ayah kita. Nak pokok apa, ada je. Meriah tanaman. Benda benda ni macam ni kalau tanam berguna sangat kalau nak guna tu. Taklah sibuk nak membeli. Kalau beli pun banyak bukan main, nak guna sikit je. Pasni boleh buat kuih berasaskan pandan dan minuman segar dengan pudina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. sekarang sampai dah penuh dah balkoni sy. pudina tu kalau tengok daun dah besar-besar teringat-ingat sirap pudina, teh pudina. terus petik je buat air, pandan dah terfikir nak buat kuih tpi tu lah. fikir je, buatnya belum lagi hukhuk

      Delete
  4. Nampak tak terusik lagi daun pandan tu

    ReplyDelete
  5. Tanaman pokok di balkoni yang memberi manfaat. Redup jew di situ kan, pokok pun hidup subur.

    ReplyDelete
  6. Senang ada pokok dekat balkoni. Agak2 nak guna, kita potong dia sikit

    ReplyDelete
  7. rajinnya, bilalah kita pun nak rajin tanam pokok2 boleh buat masak nie mmg bermanfaat sgt

    ReplyDelete