Followers

First Birthday Cake Smash

First birthday cake smash for Afeeya. Macam entry lepas Leyla Ada post pasal preparation photoshoot birthday Afeeya kan. Alhamdulillah dah settle celebrate birthday dia. Jom kita simpan segala kenangan dekat sini. Kami decide untuk buat cake smash macam yang omputih selalu buat untuk anak umur 1 tahun kan, aip. Bukan nya nak mengikut amalan membazir, tapi kita celebrate the moments and bonding time. Seronok tau korang, korang patut cuba buat aktiviti macam ni dekat rumah, cuma perlukan sedikit effort untuk mencipta kenangan. Haa gitu kome. 

First untuk decoration, ini lah decoration simple yang kami buat, balloon, pelapik dan prop kawan-kawan bear afeeya je. Tetamu pun mereka je lah. Memang kami tak invite tetamu. Kami pilih tema champange, blush & white macam tu. Maka tiup la ballon suami isteri ni sambil diganggu anaknya. Kami start tiup balloon pukul 8 pagi macam tu, Start alihkan meja makan dan carpet pukul 7 lebih masa tu afeeya nap. Baru je nak start tiup balloon afeeya dah bangun, jadi seronok la dia tengok orang tiup balloon. Pukul 10 setengah macam tu baru siap deco semua. Sambil-sambil Iqbal berperang dengan Afeeya, sambil leyla kehulu ke hilir ke dapur. Dah siap decoration, settle kan kek pula.

Ingat lagi kek lotus post lepas? Inilah kejadiannya. Icing dia yang original rasa kurang sedap dan manis dan creamy, lepas tu rasa tengit sikit mungkin sebab lama sikit kan. Tapi kek dia sedap sangat. Tak kering dan tak terlalu moist, tak manis, just nice. Leyla suka. Bila di modify kan dengan cheese buttercream rasa nyaterus tip top. Tapi buttercream ni tak cukup fluffy sebab leyla buat pakai food prosessor je, tak ada mixer. Tapi still nice dan sedap. 

Lepas tu bagi afeeya ambil light lunch sikit dan bagi dia nap dulu. Kalau tak nap risua nanti mood dia tak elok jadi tak best pulak kan. So bagi dia cukup tidur, lepas tidur baru celebrate. Macam tu lah kalau dengan anak, kita kena ikut masa dia. Sebab tu kami lagi selesa celebrate bertiga je, sebab masa boleh drag sesuka hati. Flexible. Lepas tu boleh tumpukan perhatian dekat dia je, tak perlu abaikan dia dan layan tetamu. hehe. Sementara tu kami settle kan apa yang patut. Layout dan sediakan makanan. Bila dia bangun je boleh terus mula. 

Okay leyla share gambar sini buat kenangan bersama. enjoy!






Smash cake going very well. Dia kusyuk makan. Lama pulak dia makan, secubit-secubit. Tapi tak jadi comot pulak. Okay la Kan, tak membazir pun kek nya sebab dia tak usik tempat lain. Usik tempat Sama je sampai secompeng habis. 

Ayam pun dia kusyuk makan. Tak bergerak. Sambil makan sambil video call tokma, atok, maklong dia. Semua pakat pelik sebab afeeya makan je diam-diam dekat situ. Lepas satu2 chicken wing dia makan macam sedap sangat je. Sebenarnya sebab Gigi dia nak tumbuh, jadi dia Rasa tak selesa Tu dia gigit tukang ayam sampai macam Tu. Bila sentuh Gigi dia dah Rasa tajam-tajam dekat permukaan Gusi. Yeahhh first teeth afeeya dah muncul.

Gambar dengan mama & papa as the memories.  Nanti dah besar boleh la tengok betapa clingy & bijak pandai nya anak mama. 
Bersama Kuda baru hadiah Dari mama. Matching pulak dengan baju Dan Tema. Kebetulan pulak Kan. Duckling mouth Tu is a must ya untuk afeeya ni.
Bersama hadiah city block Dari papa. Seronok dia main. Kusyuk betul sampai muncul mulut-mulut. 

The meals. Leyla preparekan cake Dan juga fried chicken butter garlic with sour cream sauce. Sedap sampai afeeya makan tak berhenti. Next Leyla share resepi dia. Cukup lah untuk Kami bertiga sambut Hari jadi afeeya. Selamat Hari jadi anak mama.

Hujung Bulan ni balik kampung Raya Haji, tokma dah cakap nak celebrate birthday afeeya dekat kampung. Hehehe.kita sambut lagi sekali la ya. Tak sabar nak balik kampung nanti. Dah set dengan tokma theme mermaid pulak. Arhhh so excited. Nanti Leyla update sini lagi. 









11 comments

  1. Happy birthday Afeeya..

    ReplyDelete
  2. kreatifnya leyla...kagum tgk leyla buat semua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe gigih kan kak. seronok buat benda2 mcm ni

      Delete
  3. sekejap dh setahun ye...happy birthday Afeeya...wah smash cake gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la, pejam celik2 dah setahun dah dia. cepat sangat rasa

      Delete
  4. aww bestnya.. happy bday Afeeya yg comel. suka la tema brown white..

    ReplyDelete
  5. alahaiiii rasa mcm afeeya baru je lahir... sekejap je dah setahun... hapoy birthday afeeya🎂💐

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. cepat sangat. rasa macam baru lagi masuk lb room. hehe. terima kasih aunty

      Delete
  6. Happy 1st birthday buat Afeeya, semoga jadi anak yg solehah dan membanggakan ibu & ayah. Cantik2 gambar sis ambik. Pakai kamera apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen. terima kasih aunty. pakai phone xiomi11 je. edit guna ligthroom dekat phone je

      Delete