Apa yang kami prepare? here we go!
Balloon. must have sebab birthday kan. Mesti lah nak kena balloon kan. Beli dekat shoppee set balloon ni masa birthday papa tapi tak terguna. Sebab suprise tak jadi nak buat hahaha. Then guna untuk Afeeya, lepas tu tambah lagi balloon warna nude dan champange sebab baju dia warna champagne. Tambah topi dan cake tray.
Dress. dress pun beli dekat Shopee sahaja, warna champagne untuk afeeya. Kan sekarang tengah hot warna-warna nude ni, jadi kita pun terjebak sekali la ya.
Cake. Of course ada cake sebab birthday kan. Cake beli dekat lotus sahaja RM13 dan kami modify balik guna cheese buttercream frosting. Ni pertama kali nak buat cheese buttercream sendiri, tak tahu la jadi ke tak. Harap nya jadi lah. Nak buat sugar free cake terlalu makan tenaga ya, jadi pejam mata saja lah sugar dekat cake, cuma icing dia lagi banyak gula kan, so kita tukar yang tu je. Im not that too strict with no sugar and salt but sometimes yes. 😂 Tak tahu lah, tengok keadaan juga. Fruit ada blueberry dalam peti ais dan beli 1 box cherry ni sebab murah dekat lotus hari tu, terus beli. Cantik-cantik buah nya. Terus tergoda.
Kejadian kek lepas ditogelkan. Okay next post kami share kejadian kek lepas diubah suai.
Decoration. Yap, balloon tadi, lepas tu ada backdrop sikit dan lighthing. Light box ni dah lama beli zaman pkp yang banyak masa hari tu beli untuk buat content, lepas tu tak ada masa dah nak melayan buat content.
Tema. Go nude theme. hahaha. Tak tahu lah tema apa, cuma tema kan warna nude cream macam tu je. Sebab Afeeya kecil lagi, jadi dia tak demand nak theme apa, tapi bila dia dah besar, dia akan demand nak theme apa, jadi sekarang bagi chance dekat mama nak pilih buat apa.
Hadiah. Mama beli 1 hadiah dan papa beli 1 hadiah. Kita buat la aktivi buka hadiah sikit kan lepas makan cake, lepas tu main-main toys yang dapat. Saja nak bonding-bonding time dengan Afeeya since mama rasa Afeeya macam cepat sangat besar.
Meals. Mama plan nak buat garlic chicken wings, afeeya boleh makan sekali. Tapi tak tahu la ni apa yang jadi. Kan nanti kalut-kalut makan kek tu aje lah 👀
10 comments
Seronoknya Afeeya.
ReplyDeleteWalaupun hanya disambut bertiga tetapi jadi kenangan terindah apabila Afeeya besar nanti.
Happy belated birthday Affeya.
Semoga terus membesar dengan sihat.
betul kak. in shaa Allah. lebih seronok celebrate mcm ni . aminn atas doa akak
Deletewah bestnyaa, nak tengok hasil cake hehehehe
ReplyDeletedah update. cepat tengok hehehe
DeleteHai june baby. Selamat setahun Afeeya moga membesar dgn baik, sihat & ceria 🌸
ReplyDeleteamin2. terima kasih kak. baby june juga akak
DeleteHappy belated birthday, little princess! Seronok tengok mamanya plan birthday celebration.
ReplyDeleteterima kasih kak. haah gigih betul mama nya ni
Deleteoo warna nude ye.. pastel2 mmg cantik la...
ReplyDeletebirthday siapa ni? siapa yg terlebih excited? of coz laa mama afeeya kann... 😁
ReplyDelete