Followers

REVIEW : EARLGREY BLACK TEA MASK DARI MY FAV RECEPI


Review earlgrey black tea mask dari my fav recepi |

Assalamualaikum gais. Lately lela macam berazam nak jaga sikit kulit muka, tapi tak tahu lah hangat hangat tahi ayam ke apa. Sebab nya dah tak tahan tengok orang semua cantik, tapi kulit sendiri macam emmm malas nak cakap.

Cantik bukan untuk menunjuk nunjuk, tapi nak jaga la supaya kulit lebih sihat dan lebih berkeyakinan. Bukan nak cun melecun macam Kim K pun. Cuma nak lebih nampak terjaga daripada sebelum ni yang maha selekeh. 

Mula mula niatnya nak beli mask macam biasa yang jenis sheet tu tapi korang sendiri tahu yang mask jenis macam tu mahal sikit dan pakai sekali terus buang. Satu pek paling murah pun RM6 ++ macam tu. Dah lama perasan yang jenis botol ni, tapi tahan tak nak beli lagi. 

Semalam lela duk cari cari mask, ada lah offer kot 1 kotak RM19.90. Ada 5 sheets kat dalam. Kira agak murah la kan. Tapi masih duk pikir, ni pakai 5 kali dah habis. Teringat dulu pernah ternampak dekat Guardian dekat Terengganu, Terus keluar Watson dan pergi tengok dekat Guardian. Nasib baik sebelah je. 

Ada 3 jenis semua nya. Tak snap pulak gambar. Ada Honey Oat Mask, Snail Mask dan Earlgrey Black Tea Mask. Dan lela pilih Earlgrey Black Tea Mask sebab untuk sejukkan kulit muka dan nampak kesan lebih brighter dari sebelumnya. Hajatnya nak ambil Snail Mask sebab nak bagi moist, tapi kita bagi bright dulu la baru moist. 


Ni dalam dia. Bau wangi tapi lebih kepada bau teh. Tak ada la bau busuk macam ubat. Warna sudah tentu la coklat ke hitam sebab black tea kan.


See, memang ada bintik bintik black tea kat situ. Pakai selama 15 - 20 minit dan lepas tu bilas dengan air suam. Nak pakai lama sikit pun tak apa. Mask ni bukan yang jenis keras lepas tu kena tarik tu ya. Dia ada rasa macam buat mask sugar macam tu. Melekit sikit tapi best rasa segar je muka. 


Okay lepas dah bilas dengan air suam memang rasa lebih segar sikit. Nak cakap terus bright tu mungkin tak lah kan. Sebab kena consume berpanjangan. Apa apa produk pun takkan nampak kesan dalam 1 kali penggunaan kan. Tapi perubahan yang lela rasa lebih segar dan muka pun rasa ringan je lepas mask. 


Taraaa lepas dah basuh. Tanpa calit apa apa pun ni. Bedak sikit pun tak. Mungkin effect camera lela nampak cerah dalam gambar. Muahahaha. Tapi eye bag memang tak boleh nak tinggalkan lela. Rindu katanya nanti. 

Kenapa lela beli yang ni ? Yang pertama nya sebab murah. Murah berbanding mask lain. Yang earlgrey Black Tea Mask ni RM25 ++, kalau Oat Honey Mask, RM 32 ++ kalau tak silap. Kalau Snail Moist RM 37 macam tu. 

Yang kedua sebab tahan lama. Lela dah pakai dua kali sikit pun tak ada effect lagi. Sebab dia likat dan tak perlu pakai banyak untuk 1 kali penggunaan. Cuma perlu pakai nipis sahaja. Rasa nya kalau macam ni 6 bulan punbelum tentu habis. Kalau nak dibandingkan dengan mask sheet tu sekeping sahaja dah RM6 ++.

Jadi lebih untung kalau beli yang macam ni. Walaupun sedikit rumit nak kena sapu sapu kat muka, tapi apa salahnya manjakan muka seminggu sekali kan. Tak salah pun luangkan masa untuk diri sekali 3 4 kali. 

Sekarang kena fikir macam mana nak maintain consume dan maintain tak burn walaupun kena berjemur tengah panas. Lela banyak spent masa dekat luar. Tak tahu macam mana nak elak burn teruk teruk. Dah tak larat nak recover balik.

8 comments

  1. SS tepek tepong cap sauh je... Boleh? Hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ss. takpe la ss dah cun melecun dah.

      Delete
  2. Mask ni kene pakai berapa kali seminggu? Ke boleh je pakai setiap hari?

    ReplyDelete
  3. Mask ni pakai berapa kali seminggu ye utk konsisten gitu? Ke boleh setiap hari?

    ReplyDelete
  4. Mask ni pakai berapa kali seminggu ye? Sbb nk konsisten pakai. And akak still pakai smpi skrg ke? Ada nmpk perubahan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. sy pakai habis 1 botol je. lepas tu tak repeat. biasa sy apply time muka rasa sunburn atau panas je. sebab tu tahan lama sikit. mask biasanya kita apply 2 - 3 seminggu ja. tak perlu pakai hari2 kot, takot effect pulak nanti

      Delete
  5. Boleh ke pakai mask ni then pakai mask aloe vera pulak?

    ReplyDelete