Review Awatif Campsite | Assalamualaikum. Okey sambung lagi kite entry pasal Pulau Perhentian. Aku janji yang ni ke dua last. Sorry lah banyak entry aku tulis pasal Pulau Perhentian ni sebab aku nak kongsi banyak benda dengan korang semua. Kongsi dan simpanan masa hadapan. Kalau sebut percutian ni mesti terbayang duduk dalam bilik mewah ada aircond, ada tv lcd, ada bathtub, beranda view sunset kan? Tapi yang aku nak kongsi ni jauh beza dengan apa yang aku cakap tadi, jadi cepat cepat buang bayangan kemewahan tu. Sebab tu aku panggil backpacker, tak panggil percutian. Percutian tunggu lah aku dah berkerjaya, dah kahwin ada anak, baru boleh nak bercuti macam tu pulak. Buat masa sekarang ni aku lebih selesa backpacker style sebab yang utama adalah duit.
Sepanjang 3 hari 2 malam aku di Pulau Perhentian, aku stay, tidur, mandi, rehat, lepak di Awatif Campsite. Ya, dah nama pun campsite, memang berkhemah lah. Jangan bimbang kalau tak ada khemah sebab khemah sudah disediakan dan sudah dipasang siap, Cuma tinggal masuk letak barang dan tidur sahaja. Dari segi keselamatan kawasan campsite, sepanjang aku dekat situ, tak ada lah berlaku apa apa yang tidak diingini, walaupun khemah korang akan dekat dekat dengan khemah lelaki. Tapi biasa nya lelaki akan diberi khemah bahagian depan dan perempuan di bahagian belakang. Haa, ni lah kawasan Awatif Campsite tu. Teratur dan bersih. Keadaan dalam khemah pun kosong ja, tak ada pun bau bau pengap dalam tu. Melainkan pasir pasir yang masuk dalam khemah, biasalah berkhemah dekat pantai kan, memang macam tu.
Untuk kemudahan dekat sini, bagi aku okay. Ada tandas, bilik air, surau semua cukup. Ni tandas dan bilik air. 2 tandas, dan 1 bilik air. Kongsi dengan semua penduduk campsite tu. Jadi pakai tu sopan sopan la sikit kalau nak mandi ka nak masuk tandas. Bab nak berebut tandas tu tak ada lah sangat sebab pandai pandai la korang ikut turn, kalau petang nak maghrib tu ramai lah sikit orang. Jadi mandi lah awal sikit dari tu.
Ini pulak surau. Surau ni laki perempuan jugak. Kat sini memang konsep sharing is caring semua. Nasihat aku yang perempuan tu bawak lah kain telekung sebab taka da disediakan dekat sini. Nak solat dalam khemah boleh je kalau korang dapat khemah yang paling besar. Khemah untuk 3 orang. Boleh lah kalau nak berdiri, kalau khemah yang 2 orang memang tak boleh nak berdiri lah. Lagipun, elok solat dekat surau tu sebab lagi bersih dan selesa. Yang perempuan malu nak solat situ? Alah, kita solat bukan buat benda tak senonoh, solat ja, nanti ada lah orang ikut. Orang lain pun malu juga nak mulakan, mana tahu boleh jumpa bakal imam kat situ kan.
Benda penting, tempat caj gadjet canggih korang. Tapi aku terlupa nak ambil gambar. Dekat khemah belakang ada bilik owner kot, dia pasang plug extension dalam 3 macam tu. Dia letak dekat 1 rak kat luar rumah, so korang boleh caj gadjet korang situ. Nasihat aku bawak powerbank la sebab elektrik dekat pulau ni macam tak menentu sikit, jadi waktu siang memang kadang kadang je ada letrik, dia limitkan penggunaan letrik sebab nak save untuk malam kot. Jadi taka da lah korang macam cacing kepanasan kalau tak ada elektrik, nanti kan ke hulu ke hilir cari letrik.
Ni pulak tempat nak lepak lepak. Boleh la tengok tengok view orang mandi pantai kan. Biasanya ada abang buat abc yang lepak sekali. Sembang sembang lah dengan dia tanya apa yang best, tanya lah apa apa yang korang nak tahu. Dia baik, jawab je semua dengan sopan. ABC dia kat sini RM5. Pulau katakau.
Kat sini tempat nak berbuai laju laju kahwin dengan anak raja. Tapi tempat ni biasa conquer dekat kaum lelaki la sebab depan khemah diorang ja. Tapi kalau korang buat tatau, buat tak malu, nanti diorang yang mengalah. Diorang tak pergi nya kacau. Boleh la korang nak tidur tidur kat situ kalau tak malu laa.
Ini pulak Awatif Café. Sebalah Awatif Campsite. So memang dia punya la kan. Ada je malam tu lepak dengan owner dia. Owner dia rambut macam penyanyi rock beb. Nama Awatif Café ni sempena nama anak dia. Kawan aku cakap princess Awatif, mati mati aku percaya. Anak dia kecik lagi, umur dalam 3 4 tahun macam tu. Jadi yang bujang bujang nak ngorat tu lupakan ya. Kami makan malam kat sini je sebab aku rasa kat sini agak murah berbanding tempat makan atas dari turtle bay, kat sana lagi mahal.
Setakat ni je lah review Awatif Café ni. Ni bukan review berbayar, kalau review berbayar meletop lagi entry nya. Ni review ikhlas jujur dari aku. Saja je buat review sikit untuk siapa yang samar samar lagi tentang tempat ni. Tempat ni aku recommend untuk bujang bujang nak backpacker dan aku tak recommend untuk yang berkeluarga dan yang nak ber honeymoon, sebab sangat tak sesuai. Sekian, jumpa lagi next entry merangkap last entry pasal Pulau Perhentian aku.
20 comments
Yunk.. Tanya sikit. Dalam kemah ada sediakan bantal dan alas macam tikar ke.. Toto ke..? Atau memang dalam kemah totally kosong?
ReplyDeletetak ada kak. ada tikar je untuk lapik. bantal kami guna beg ja. selimut guna kain batik ja. hehee.
ReplyDeleteTikar pun tikar lah dik. Lebih baik dari tak ada alas langsung. Hihihi tapikan.. Bagus la adk boleh tidur tanpa kipas.
DeleteAkk ni kalau tidur, kipas tu wajib. Kalau ada aircorn tu lagi la rasa macam kat heaven.
haah lah kan. kita baru ingt xde kipas, boleh pulak tido. kalau kat rumah, sejuk mana pun mesti nak kipas. mungkin time tu malam2 hujan rintik, jadi tak panas n nasib baik tak banjir dalam khemah. masuk khemah tidur pun dah pukul 12 lebih. tu yang masuk khemah terus lenyap. tidur tak ingat dunia. bangun2 dah subuh. hahhaa
DeleteHahahaaa btul2 letih tu.. Berdengkur x? Muehehee ;p
DeleteIn shaa Allah x. Hehehe. Kalau berdengkur nasib la. Depan tu khemah budak laki. Hahaha
Deletemenarik...pernah dah sampai tapi balik hari....
ReplyDeletecamp site ni area mana erk...masa pi dlu stay di pulau sebelah pulau yang ada sekolah....bukan yang paling hujung...
dekat situ pun ada camp site...tapi dah lama....nanti ada rezeki boleh repeat balik
Pulau yg ad sekolah tu pulau kecil abg ar. Kg nelayan. Leyla duk pulau kecil.la. tapi belah belakang sana. Yg depn kg nelayan tu pulau besar. Tmpt dye lg lawa. Lagi private
Deletesyoknya boleh camping di pulau... mesti tenang je kan..
ReplyDeletehaah. boleh abg nizam. tapi kene tgk jugak pulau mana yg boleh yg tak boleh
Deletenak tanye, macam mane nak book awatif campsite ni?k walk-in je?
ReplyDeleteboleh search dekat ig awatif campsite / awatif cafe / myperhentian. kalau x jumpa. guna hashtag. in shaa Allah ada
DeleteNak tanye, macam mane nak book awatif campsite ni?k boleh walk-in je?
ReplyDeletebook dengan myperhenian ataupun awatif campsite. search dekat ig atau pun google.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesye bayar rm167 untuk campsite and snoekling trip sekali. dalam 1 pakej
Deletecamp site ni dia asing x kawasan laki2 dan perempuan. ramai mat salleh x yang berkhemah sekali? ada lg x campsite kat tempat lain kat perhentian kecil?
ReplyDeletedia takde asing kan lelaki perempuan. tak ada pun rasa nya mat salleh duk situ. mat saleh kan duit banyak, rmai yg chalet. ada lagi sebelah sana tapi tataw tu under apa.
DeleteSatu khemah boleh muat berapa orang?
ReplyDeletekena booking dulu ke khemah, boleh walk in tak?
ReplyDelete