"Kawan yang tak tolong kawan ketika susah bukan kawan"
Kita memang sinonim dah dengan perkara ni kan. Kawan dengan kawan ni macam macam masalah yang timbul. Slah faham sana sini tetapi masih menganggap kawan dan bersahabat seperti biasa.
Tapi yang tak best nya kalau suatu ketika kita susah, kita akan fikir, time aku senang nak mengaku kawan, time aku susah semua tinggalkan aku. Tak ada kawan ketika susah. Tak boleh buat kawan dengan orang macam ni.
So pliss hentikan persepsi macam ni. Memang betul kita mendambakan kawan susah dan senang. Tetapi jangan mudah menuduh kawan tinggalkan kita ketika susah, tetapi tengok balik apa yang kita buat sehingga mereka tinggalkan kita.
Masalah, kesedihan, kesusahan, kepayahan, semua akan dilalui oleh manusia biasa. Ketika kita bersedih, sudah tentu kita banyak menghabiskan masa sendirian dan tidak mahu diganggu. Mungkin itu salah satu sebab kawan kita semakin menjauh, dan kita sendiri akan berasa ingin menyisihkan diri. Betul tak ?
Emosi terganggu. Kadang kadang ketika sedih, kita mungkin terlalu memikirkan hal sendiri sehinggakan kita sudah tidak lagi mahu senyum, kita sudah tidak lagi mahu bersembang, sudah tidak lagi mahu melawak, dan mungkin kita akan cepat meninggi kan suara bila kawan cuba bergurau dengan kita. Jadi bukan salah kawan kalau kawan tinggalkan kita semasa susah.
Zaman sekarang bukan lagi zaman bergantung pada orang lain. Bukan lagi zaman hati perlu dijaga sesama sendiri. Kita perlu berdiri di atas kaki sendiri. Hanya diri sendiri yang boleh selesaikan masalah sendiri. Kawan kawan cuma boleh bagi moral support dan menggembirakan hati kita sahaja.
Kita perlu profesional dalam menangani masalah. Bukan terlampau mengharapkan pertolongan kawan. Waktu dengan kawan beriaksi lah seperti biasa. Tetapi sewaktu dengan ALLAH, menangis lah sepuas hati. Allah itu maha mendengar. Cerita lah pada Dia. Hanya Dia yang mampu menolong kita. In shaa Allah.
2 comments
betul, teringat masa dulu-dulu, suka sangat jaga hati kawan, sampai terseksa jiwa raga...bila dah tua-tua nih barulah pandai jaga hati sendiri huhu
ReplyDeleteKawan makan kawan boleh kenyang x? Ha ha ha
ReplyDelete