Followers

JANGAN DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN


Disekeliling kita pasti ada yang berjaya sampai ke tempat yang paling tinggi, pasti juga ada yang tidak berjaya dan hanya hidup dengan keringat tulang empat kerat. Bila kita tengok yang diatas. Jangan pernah lupakan kawan-kawan yang masih dibawah. Mereka bukan tidak ingin berjaya, tetapi rezeki masing-masing sudah ditetapkan, dan rezeki yang lebih perlu di agihkan untuk yang memerlukan.

Bila tengok kawan-kawan yang sudah berada diatas, jangan pula kita dengki dan cuba untuk jatuhkannya. Jangan pernah gunakan bantuan makhluk lain untuk menjatuhkan orang lain. Cubalah berusaha mencari jalan untuk menjadi sepertinya. Jika perasaan iri hari ini dapat dikesan, cepat-cepat positifkan diri sebelum merebak menjadi satu penyakit iri hati.

Setiap orang pasti mempunyai jalan cerita yang unik. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai wang yang banyak, kehidupan yang mewah tetapi hati nya sentiasa tenang dan kehidupannya sentiasa ceria dan lapang. Berbanding yang mempunyai wang yang banyak dan kehidupan yang mewah, pasti mempunyai hutang yang menggunung dan kehidupan yang dibebani masalah dan sebagainya.

Kebolehan dan kelebihan didalam setiap manusia adalah berbeza. Ada yang pandai belajar tapi tak pandai baiki kereta walaupun cuma tukar tayar yang bocor, tetapi yang tak pandai belajar boleh tukar tayar kereta yang bocor malah boleh baiki kereta dengan sempurna. Ada yang pandai menjahit, memasak dan sebagainya. Itu kelebihan yang kita tak boleh pertikaikan kerana setiap manusia dikurniakan kelebihan masing-masing.


Kadang-kadang dengki itu ada baiknya. Tetapi perlu berlandaskan jalan yang benar. Apa kata kita dengki dan kita cari kelebihan dia dan kita usahakan untuk menjadi sepertinya dan malah lebih baik darinya. In shaa ALLAH apa yang diusahakan akan tercapai. In shaa Allah. Ameen.

2 comments

  1. kan..tak baik dengki2...org lain berjaya sbb dia berusaha...kita boleh berjaya jika kita juga berusaha....kan lela

    ReplyDelete
  2. betul tu.. jangan dengki. tapi jadikan as platform nak lagi berjaya..
    dengki2 not good la.. diri sendiri rasa tak tenang..

    ReplyDelete