Kali pertama aku beli air RM1 ni. Dulu kat kampung selalu lah kaka tiri aku beli tapi tak pernah pulak aku minum. Yang aku tahu cuma air Coca-Cola RM1, tak tahu pulak A&W ni pun ada yang RM 1.
Nak beli air Coca-Cola aku takut sikit, sebab orang duk cakap bahaya kan. Kawan aku sendiri pun cakap sangat bahaya air Coca-Cola ni. Walaupun hakikatnya semua air berkarbonat ni bahaya dan tak elok untuk badan, sekali sekala minum tu tak apa. Jangan hari-hari kau hadap air ni je. Nak hadap boleh, tapi tolong hadap air ni .
AIR KOSONG |
KEBURUKAN COCA-COLA
- Kandungan gula bagi satu tin Coke adalah bersamaan dengan 18 SUDU cawan teh! Asid Sitrik dalam Coca-cola akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis.
- Bahan aktif Coke adalah ASID FOSFORIK, dengan pH 2.8, ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari
- Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis
- Rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24 – 49 jam
Sebab aku takut nak minum Coca-Cola, aku minum air A&W, kesa daripada kedua-dua air ni sama atau tak sebenarnya?
3 comments
Sama je..lebih baik jangan minum langsung . Amalkan minum air masak / mineral ye Lela :)
ReplyDeleteLama tak minum air tuu :)
ReplyDeleteair suam juga biasa ;)
ReplyDelete