Minggu lepas masih sempat aku menikmati udara sedar, masih boleh melihat bukit bukau terlakar di banjaran sempadan Thailand ni. Masih mampu melihat pucuk pucuk padi yang baru berpucuk.
Tapi hari ni, aku tengok bukit bukau dah ditutupi kabus putih, malangnya bukan kabus yang menyejukkan tetapi asap yang berkepul. Pucuk hijau padi pun dah menjadi semakin pudar ditutupi jerebu.
Dekat Perlis mungkin tidak seteruk Kuala Lumpur lah kan. Kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang teruk jerebu tu jauh lagi baik di Perlis.
Kepada penduduk di Malaysia ni, jagalah kesihatan, minum air kosong banyak-banyak. Kurangkan aktiviti luar terutamanya kepada anak-anak kecil. Yang dah besar, boleh terus ke kolej seperti biasa.
Mata jadi pedih bila berkelip ni sebab jerebu kah ? Terasa kering mataku.
0 comments