Semalam terok juga jerebu melanda setelah menghilang buat seketika,. Pedih juga mata aku semalam, bila berkelip rasa pedih sikit.
Hari ni cuti lagi sekolah. Seronok lah budak-budak sekolah, yang tak seronoknya cikgu yang kena fikir peperiksaan dan pembelajaran pelajar yang semakin ketinggalan dek kerana cuti je memanjang.
Mak ayah pun turut runsing bila kena tinggalkan anak-anak dirumah sedang mereka masih bekerja. Mana tak nya, budak zaman sekarang berani keluar pergi merata, kes culik pun teruk. Yelah, jerebu tebal, lagi senang penculik nak buat kerja.
Jadi awasilah anak-anak semasa mereka berada dirumah. Jangan tinggalkan mereka sendirian di rumah. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Jadi ambilah langkah berjaga-jaga. Jangan abaikan mereka yang tersayang.
1 comments
singgah & follow #262
ReplyDeletehttp://zianaeunos.blogspot.my