Setelah penat memerah otak, apa kata kita merehatkan minda sambil makan-makan dan bergembia dengan kawan-kawan. Sebenarnya depa je yang memerah otak. Aku semestar ni sangat lah free jadual nya. Sebab aku cuma ambik 4 subjek. Tapi aku punya subjek ni penuh dengan projek. Sebab tu lah dia tak sibuk awal semester, nanti tengok lah akhir semester, macam ayam berak kapur lah mukanya.
Lokasi picnic kami di Tasik Timah Tasoh, Perlis. Tasik empangan buatan manusia untuk takungan air dan sebagainya. Dekat je dengan kolej kediaman kami di Titi Serong Perlis. Laluan untuk ke Padang Besar. Kami berempat bertungkus lumus menjayakan picnic yang super simple ni tapi sangat memorable. Kenangan dengan kawan-kawan ni sangat priceless tau. Kenangan tak akan ada kalau kita tak create kenangan tu.
|
PROP YANG SUPER SIMPLE
#SyeLaaDieZaaPicnic |
DIY prop ni cuma guna belon warna warni dan alas duduk. Kalau perasan alas duduk tu sebenarnya kain alas meja. Tapi yang baru beli ye, murah dan cantik.Tak sampai RM20. Kalau nak picnic macam ni dinasihatkan pakai alas duduk yang warna putih macam ni. Baru cantik dan nampak lebih elegan. Jangan guna yang bermotif bunga ke rumput ke sebab nanti nampak macam sama dan agak berserabut.
Kami cuma beli roti dengan ais krim, goreng pisang, som tam, pop corn, dan air sahaja. Memang bercadang nak makan ringan-ringan sebab lepas picnic nak pergi pekena steamboat pulak. Makan saja aku ni. Tengok lah pipi pon dah kembung semacam je. Yang kat belakang tu kusyuk duk begosip. Girls talk ok hari ni.
|
FRIEND IS NOT A BIG THING.. IT'S A MILLION LITTLE THING
#SyeLaaDieZaaPicnic |
|
BEST FRIENDS ARE PEOPLE YOU DON'T NEED TO TALK TO EVERY SINGLE DAY. YOU DON'T NEED TO TALK TO EACH OTHER FOR WEEKS, BUT WHEN YOU DO, IT'S AS IF YOU'D NEVER STOP TALKING. #SyeLaaDieZaaPicnic |
Lepas dah kenyang makan makan, kami borak borak cerita pasal study life masing masing. Cerita macam macam sepanjang kami tak jumpa. Memang susah nak jumpa masing masing. Sebab dua di Wang Ulu dan dua di Uniciti. Yang Uniciti sama dengan aku pun susah nak jumpa sebab lain kos. Kalau dulu ye lah satu kelas. Sekarang semua dah berpecah ikut hala tuju masing-masing. Well sanggup berpisah demi masa depan masing-masing. Sambil borak sambil-sambil tu kami main big bubble. Buat sendiri.
|
BEST FRIEND IS SOMEONE WHO THINK YOU ARE A GOOD EGGS,
EVENTHOUGH SHE KNOWS YOU ARE SLIGHTLY CRACK.
#SyeLaaDieZaaPicnic |
|
TRULY GREAT FRIENDS ARE HARD TO FIND, DIFFICULT TO LEAVE AND IMPOSIBLE TO FORGET.
#SyeLaaDieZaaPicnic |
|
A TRUE FRIEND REACH FOR YOUR HAND AND TOUCHES YOUR HEART.
#SyeLaaDieZaaPicnic |
|
I LOVE YOU GUY TO THE MOON AND BACK. #MUAHCIKED
#SyeLaaDieZaaPicnic |
|
FRIENDS IS SOMEONE WHO NEVER GET TIRED OF LISTENING TO YOUR POINTLESS DRAMAS OVER AND OVER AGAIN.
#SyeLaaDieZaaPicnic |
Kita yang mencorakkan kehidupan kita sendiri. Terserah kepada diri sendiri untuk mencorakkan kehidupan yang berwarna warni atau sebaliknya. Kegembiraan tak akan terjadi tanpa sebab. Kegembiraan akan terjadi apabila kita yang melakar kegembiraan tersebut. Walaupun payah dan penat tetapi menghasilkan hasil yang tidak ternilai.
9 comments
Cantik -cantik gambar..guna kamera jenis apa ni..Tasik Timah Tasoh...lokasi adik akak buat photoshoot kahwin masa kat Perlis Ari tuh....
ReplyDeleteye ke kak ? mmg cantik tempat ni. lapang dan privacy
Deletehihi comel je!
ReplyDeletehehehe. maseehh k.eny
Deletewoaaaah gitu sekali picnicnya.. siap belon2.. memang comel la korang..
ReplyDeletehehehe. excited nak picnic k.siti. tu yg over sikit tuu
DeleteGambar cantik ! Jeles kita bila Lela boleh buat picnic dengan kawan-kawan. Akak dulu tak sempat nk buat pun. Sibuk semedang study. Habis study semua dah bertempiaran serata Malaysia. Lagi satu bila Lela ada kuasa terbang ! Hiks :p
ReplyDeleteGambar sangat cantik...dah lama x pi timah tasoh
ReplyDeleteFuhh lawa giler gambar leyla ..jeless tgk hehehe..tuan pon lawa gambar lagi laaa lawo ..
ReplyDelete