Mencari kawan yang suka bercerita senang, tetapi mencari kawan yang suka mendengar itu susah. Seringkali kita dilanda masalah dan tiada siapa yang kita mampu luahkan. YA, jawapannya luahkan kepada ALLAH. Tetapi kita masih perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati kita seterusnya beri nasihat san pendapat diatas masalah yang kita hadapi tu.
Apa yang diharapkan bukan lah bantuan sejumlah wang ringgit yang banyak. Bukanlah satu kumpulan gangster untuk balas dendam, tetapi hanya sepasang telinga yang boleh mendengar masalah dan kesedihan di dalam hati. Dan sedikit nasihat untuk menyejukkan hati dan meringankan fikiran.
Lumrah manusia untuk berkongsi masalah dengan berlainan jantina. Mungkin seorang lelaki lebih selesa berkongsi masalah dengan wanita dan sebaliknya. Cara ini sebenarnya lebih efektif untuk mendapatkan jawapan dan nasihat dari pihak lain yang mempunyai cara pemikiran yang lain. Tapi perlu di ingat agar berhati-hati dalam berkongsi masalah. Jangan babitkan masalah yang berbentuk peribadi yang boleh menjatuhkan maruah dan aib kita sendiri.
Selain itu, berdoalah agar diberi ketenangan di dalam hati. Tenang kan diri dan fikirkan secara positif kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
DOA KETIKA SEDANG MENGHADAPI MASALAH
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ لا سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً Ùˆَ Ø£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØَزْÙ†َ Ø¥ِØ°َا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً
Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa
Ertinya:
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.”
0 comments