Alhamdulillah masah jerebu semakin berkurang. Tengok saja gambar diatas. Gambar langit biru di Putrajaya menandakan masalah jerebu sudah semakin berkurang. Masalah ini sudah semakin berkurang di 38 kawasan termasuk Shah Alam, Kuala Lumpur dan Langkawi telah merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 9 pagi ini. (10/9/2015).
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU bagi Shah Alam 77 manakala Kuala Lumpur dan Langkawi sebanyak 60. Kawasan lain seperti Nilai (61) Pelabuhan Klang (86) dan Seri Manjung, Perak (70). IPU antara 0 - 50 adalah baik, 51 - 100 adalah sederhana manakala 101 - 200 adalah tidak sihat. 201 - 300 sangat tidak sihat dan 301 ke atas adalh berbahaya.
Kawasan Perlis juga sudah berkurangan masalah jerebu kerana hujan yang agak lebat disini. Harapnya keadaan ini berterusan dan masalah jerebu berkurang.Untuk mengetahui IPU di kawasan lain boleh cek http://www.aswaleyla.com/2015/09/semak-status-terkini-indeks-pencemaran.html.
CC to http://www.bharian.com.my/node/87610
2 comments
Haah dah berkurang banyak, Alhamdulillah ~
ReplyDeletehari ni dah nampak matahari dah..petang je hujan...alhamdulillah semoga udara kita semakin pulih
ReplyDelete