Followers

SINOPSIS FILEM LOVE,SUPERMOON


TAJUK : LOVE, SUPERMOON
Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2015
Genre : Komedi / Romantik
Pelakon : Farid Kamil, Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Zain Hamid, Anne Ngasri, Zain Saidin, Azhar Sulaiman,
Pengarah : Wan Hasliza
Terbitan : Grand Brilliance

Grand Brilliance mempersembahkan filem komedi romantik arahan Wan Hasliza. Love, Supermoon mengisahkan tentang kisah cinta luar biasa antara Razak dan Triz. Membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Zain Saidin dan Azhar Sulaiman. Love,Supermoon bakal ditayangkan di pawagam mulai 22 Oktober 2015.

SINOPSIS FILEM LOVE, SUPERMOON

Mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Azhar Sulaiman) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.

Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan sehingga menyebabkan teman lelaki Triz, Azman (Azhar Sulaiman) tidak menyokong hasratnya untuk menjadi penulis. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.

Berlainanan pula dengan Razak, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.


0 comments