Followers

Review Medela Harmony Manual Pump

Review Medela Harmony Manual Pump| Sebelum ni leyla ada buat entry tentang WEARABLE ATAU WIRELESS BREAST PUMP LAGI OK? Kali ni nak review manual breast pump pulak. Leyla pilih Medela Harmony Manual Breast Pump. Kenapa pilih manual pump? Tak lenguh ke tangan? Haaa

 Lepas tengok banyak video orang luar pakai manual breast pump Medela ni, rasa tertarik pula nak cuba. Lepas cuba rasanya lebih best pakai manual breast pump ni. Mulanya risau takut penat dan sakit tangan tapi sebenarnya tak sakit & lenguh langsung. Sangat praktikal, boleh pump bila-bila masa sahaja.



Ini semua part yang ada dalam kotak ni. Leyla pilih flange 21mm. Jadi dah tak perlu beli flange tambahan. Size flange ni kena tengok saiz nipple masing-masing ya. Ada cara ukur saiz flange yang sesuai untuk kita. Okay apa yang best tentang Manual pump ni? Jom tengok. 

Jimat Masa

Ni yang paling best lah. Sebab kita semua pun nak cepat kan. Nak pump cepat-cepat tak nak drag sampai setengah jam sebelah kan. Pakai manual pump ni dalam 10 minit pun dah dapat collect 3 oz macam tu. Kalau breast tengah penuh lagi cepat full bila pump. Lenguh tu tak, sebab tekan dia ringan je, tak perlu tenaga banyak pun. Leyla biasa buat tandem pumping, Apa tu tandem pumping? Tandem pumping ni bila anak menyusu sebelah, lagi sebelah leyla pump pakai manual pump. Dia tak ada bunyi atau vibration, jadi tak ada lah menganggu baby tengah menyusu. Jimat masa sangat kan kat situ. Baby dapat susu & dapat 1 pack stock susu sekali. Tapi Afeeya dia suka tolak-tolak pakai kaki dia & bebel-bebel sebab ada orang tengah curi susu dia hahaha.

Boleh collect banyak yield.

Dalam masa 10 minit, dah boleh collect yield yang banyak dan kosongkan breast. Sambil pump sambil tengok let down dia banyak rasa puas hati sangat. Satisfied! Rasa happy dengan diri sendiri sebab boleh keluarkan yield yang banyak untuk baby. Suka suka suka.

Minimal part

Part dia nak cakap sikit tu tak juga, sama juga dengan breast pump lain. Tapi part yang perlu dibasuh tu sikit. Tak banyak macam electric pump leyla sebelum ni. Part lain adalah bahagian luar yang tak perlu basuh setiap hari. Part dia pun tak banyak yang touch susu. Ada botol dan vacuum part je. Kurang part yang kena susu kurang la part yang possible nak lekat kerak susu. Kalau yang sebelum ni banyak part2 yang susah dibasuh dan akhirnya tinggalkan kerak susu. Kena kerap tukar spare part.

 

Yang leyla tandakan nombor tu je yang perlu basuh setiap hari. Yang lain tak perlu sebab tak touch susu. Kalau nak basuh juga lagi bagus kan. Pump ni leyla basuh sekali sehari atau pun kalau lupa nak masukkan dalam peti ais, leyla basuh la sebelum guna. Kalau nak mudah, setiap kali lepas pump, masuk dalam plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais atau ais box yang sejuk. Kalau nak guna boleh terus guna tak perlu basuh. Tapi bila dah lebih 24 jam kita kena basuh ya, Takut susu tercampur lebih dari 24 jam. Mudahkan kerja mak-mak, tak perlu lah basuh setiap kali guna. Tapi make sure simpan dalam peti ya, kalau tak, kena basuh selepas 4 atau 5 jam. 

Travel friendly

Ok, yang ni sangat travel friendly sebab tak perlu bawak charger tak perlu charge. Ringan walaupun saiz dia tak de kecil masuk pocket kan. Tapi nice-nice je saiz dia. Lightweight. Tapi tak boleh pump sambil drive ya kawan-kawan, sebab dia manual. Melainkan korang terror boleh pump tanpa tengok. Tapi tetap tak recommend untuk pump sambil drive sebab perlu guna tangan untuk pump ya. Kalau korang passenger yes u can do it.

Harga not bad

Harga manual pump ni agak pricey sikit nak banding dengan harga pump-pump yang lain. Manual breast pump ni ada je yang murah sikit, tapi tengok jugak cara guna dia macam mana. Ada yang pump pakai macam benda bulat belon tu, mental weh pakai yang traditional macam tu. Harga Medela Harmony ni RM118 beli dekat shopee. Harga dia act RM90 ++, less then RM100 tapi leyla tukar saiz flange siap2, jadi harga dia lain. Kalau ambil saiz standard, harga dia lebih murah. Kalau dekat stall biasa nya RM199. Pernah tengok dekat kedai baby di Sungai Besar RM228. Jadi leyla beli dekat shopee je, sama juga dan lebih murah. Not bad untuk investment untuk collect liquid gold yang banyak kan. Haa masih affordable lagi.

Itu lah review ikhlas dari saya yang baru belajar guna manual breast pump selama 3 minggu ni. Dua-dua pun stil best and need each other, manual pump perlu, electric pump pun perlu. Perlu pada keadaan tertentu. Pendek kata kalau working mum memang perlu banyak & try and error pump. Kadang-kadang dengan tukar-tukar pump ni buat kita happy jugak. Tak bosan guna pump sama. Kalau happy, susu pun produce banyak. Haa gittew alasan dia. Padahal nak sedapkan hati sebab asyik beli pump.

Happy pumping mommy !



1 comments

  1. of coz sy x penah guna tp warnanya menarik👍👍👍

    ReplyDelete