Followers

Hasil menanam di balkoni


Hasil menanam dekat balkoni rumah. Tangan bukan Jenis yang serasi dengan tanaman, tapi kali ni menjadi! Excited kejap. Dulu pernah cuba-cuba menanam dwaft sunflower waktu pkp. Naik tunas dah tinggi 2 inci Lepas tu kena gigit dengan si locky. Habis patah dua. Lepas Tu dah malas nak menanam. Sebab perlu masa nak tunggu dia naik membesar. Sejenis yang tak sabar, tanam hari ni, hari-hari tengok. Kalau boleh nak hari ke 3 dah kena tumbuh besar dah. Menanam ni kena sabar rupanya. 

Lepas tu datang mood nak tanam herbs pulak. Ye lah, selalu beli sweet basil, pudina, pakai sikit je dah rosak. Rugi. Pastu fikir nak tanam. Tak pe lah cuba-cuba belajar menanam kan. Pergi lah nursery, beli yang dah besar. 


Beli pudina, sweet basil dengan rosemary. Rosemary dah mati pokok nya tak tahu kenapa. Tak dapat diselamatkan sebab batang dia Pon dah kering terus. Mungkin tak cukup air. Tinggal pudina & sweet basil je. 


Bila dah besar Leyla asing kan pasu sampai dapat banyak pasu. Sekarang masing2 dah membesar dengan Jaya nya. Berjaya jugak tanam pokok sampai tahan lama subur semuanya. Dah dapat hasil. Kalau nak masak petik je. 2 Hari Lepas dah tambah pokok ketumbar. Beli dekat kedai nak masak tomyam, akar dia Leyla pacak je dalam pasu. Hari ni tengok dah bertunas sikit. So dah jadi la Kan. Excited tengok mereka naik subur. 


Maka siaplah nasi Phat kra pao guna sweet basil tadi. Sedap bau sweet basil semerbak. Memang wajib ada sweet basil ni kalau nak buat nasi Phat kra pao. Biasanya orang pakai Thai basil. Tapi pakai sweet basil pun sedap juga. Sweet basil ni nak bua pasta senang. Nak buat spaghetti carbonara sedap letak basil ni. Kalau banyak boleh buat pasta pesto. 

Lepas Ni nak tanam pokok apa lagi ? 

Berangan nak buat Afeeya mini garden, nak tanam sayur-sayur lain. Kalau rajin jadi la mini garden nya. Semoga mama Afeeya ni rajin nak menanam lagi. 

4 comments

  1. wahhhh rajinnya diaaaaa๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ yg 2 ekor berbulus tu tlg siram pokok x?๐Ÿคญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg berdua tu tgh inpection pokok sihat tak hehe

      Delete
    2. ok laa tu drpd dikitainya pokok tu mau meraung mem besar๐Ÿ˜

      Delete
  2. Seronoknya bila ada mini garden tepi rumah ni . Boleh petik segar2 gitu

    ReplyDelete