Followers

Menu Sahur & Berbuka minggu pertama dan kedua

 Assalamualaikum hai. 

2 Ramadhan. Macam mana ramadhan pertama korang ? okay? mestilah okay kan. Untuk puasa kali ni leyla terlebih rajin plan menu sahur dan berbuka. Bukan apa, untuk menjamin mental yang gembira sehingga berbuka kena plan awal-awal menu apa nak masak. 

Sebab apa nak Jaga mental? Sebab tak perlu fikir setiap hari nak masak apa terutamanya waktu sahur. Bila bangun pagi otak belum boleh berfungsi nak fikir. Untuk berbuka Sama juga. Balik kerja pukul 5, nak berkejaran pick up afeeya dengan jalan jem, dah ambil afeeya sampai rumah dah 6.30. Sampai-sampai rumah tak boleh terus masak, afeeya nak susu dulu sambil-sambil nak mengempeng. Ye lah dah rindu dekat Susu dia seharian tak de. Dah makan 15 minit dekat situ. Nak kena sediakan bahan-bahan masak lagi. Sangat penat ya nak mengejar waktu berbuka. 

Jadi bila ada plan macam ni senang. Barang-barang semua dah boleh prepare beli untuk 2 minggu terus. Boleh terus simpan dalam peti, nak masak tinggal ambil je. Kadang-kadang kalau tak plan awal, mula lah barang tu tak de ini tak de, dah iqbal kena berhenti kedai beli barang dulu. 

Kalau korang nak ambil as idea boleh save ja ya menu ni. iols dah buat cantik-cantik dah untuk korang.



Kat atas ni menu untuk 2 minggu sahaja, sebab nak fikir untuk sebulan terus pun pening jugak kepala. Fikir untuk 2 minggu pun dah tepu rasanya. Dalam ni tak termasuk moreh atau kudap-kudap. Yang tu pandai-pandai lah fikir nanti. Kalau nak makan baru buat. Biasa nya leyla cukup dengan berbuka je, lepas tu dah tak makan. Tapi semalam makan pun tak berapa nak kenyang, sibuk dengan afeeya berbuka sekali, suapkan dia makan, kita pun jadi kenyang. Pastu bila pukul 10 baru terasa lapar balik. Goreng roti canai segera je. Settle. Mungkin weekend ni kena buat kuih frozen. Nak makan boleh terus goreng. 

Bila jadi mak-mak ni semua benda nak cepat Dan murah je, kalau boleh nasi pun nak frozen Kan je macam nasi afeeya. Nak makan panaskan je 🤣🤣 cepat Dan senang Kan. 

Okay lah. Semoga menu kat atas tu bermanfaat untuk korang, boleh je ambil ikut menu tu, tak payah dah korang nak penat-penat fikir nak makan apa. Tapi kena dapat persetujuan pasangan masing-masing la ya, kot ada yang tak berkenan. Tapi biasanya suami akan cakap 'masak apa-apa je' jadi hmmm masak je lah apa-apa kan. Selamat bersahut, berpuasa, beribadah dan berbuka semua. 


8 comments

  1. Bila dah ada list macam ni dah tak pening2 nk mikir nak masak apa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Tak yah nk pening2 pikir tiap Hari. Org lain pon boleh tgk siap2 Hari ni mkn apa

      Delete
  2. Senang siap tulis menu mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Senang tayah pening nak pikir masak apa. Nk beli barang dapur pun senang sekali Gus.

      Delete
  3. kalau akak dah siap2 buat menu last minute masak benda lain..geram je dgn diri sndr haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun leyla dah pikir kalau tiba2 nak tukar menu boleh je tukar. tpi so far sebab tampal dekat peti ais, husb tengok skli, then dia akan tgk, yes esok masak sekian2. dia tunggu leyla masak menu tu hahaha. jadi kalau nk tukar rasa mcm xpe lah, ikut je lah. kita tengok nnti sebulan mampu tak nak ikut ahahha

      Delete
  4. Yaa, betul..penting ada list menu, frozen terpaling senang Kak 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan tak payah fikir. teringin nak buat frozen tpi freezer bhgian frozen tak besar. muat2 letak barang mentah je. kalau ada freezer besar mmg dah buat bnyk2 dah. tapi nak masak sekali gus tu bercinta juga

      Delete