Followers

Our 2nd Anniversary

 Alhamdulillah untuk tahun kedua. 

Masih baru tapi banyak pengalaman & cabaran baru dalam sepanjang 2 tahun ni. Cabaran menguruskan rumahtangga lepas kehadiran Afeeya sangat berbeza. Everything is new. 

Tahun ni anniversary masa Bulan puasa. Hari ke-6 puasa. Nak celebrate waktu siang tak boleh. Jadi kita bermoreh sambil celebrate anniversary yang ke-2. Plan nak moreh dekat Andra by Kula-cakery dekat eco Grandeur tapi tutup. Jadi kitorang celebrate je dekat Starbucks eco Grandeur tu. 

Just nak lepak-lepak minum je sebab dah buka puasa dekat rumah. Kitorang order java chip, coklat blend I don't know what's the name, Iqbal punya hehe. 1 tuxedo chocolate cake & cheese donut. 




Semua too sweet too handle sampai nak habiskan pun bercinta. Manis yatmat mungkin sebab puasa Kita kurang makan makanan Manis, bila makan Manis semua Rasa macam ke otak Manis nya. Lama juga nak habiskan semua Tu. Kan kata nak lepak-lepak chill. Betul-betul chill jadinya. Kami jarang nak lepak lama-lama dekat kedai, Lepas makan je terus balik. Ni boleh la lepak-lepak lama sikit sebab memang tengah free tak ada plan nak buat apa.

Ni sebelum ke Starbucks, depan Andra Tu kitorang snap gambar dulu 2 3 shot sebab dah sampai alang-alang tu kita bergambar la kejap. Afeeya pon seronok je tengok lampu. 

From this 2 years of marriage.

Leyla belajar tentang 'teamwork'. Teamwork dalam menguruskan rumahtangga. Terima kasih kerana menjadi teammate terbaik untuk saya. I love you husband and thank you for everything 😗. 

Teamwork dalam uruskan rumah dan makan, mostly uruskan rumah bersihkan rumah, basuh baju, semua Iqbal yang buat, masak mostly leyla yang masak. Afeeya kami sama-sama uruskan, Iqbal mandikan, leyla siapkan. Iqbal basuhkan poop, leyla pakaikan pampers. Leyla masak makanan, iqbal suapkan. Tak ada istilah isteri yang uruskan rumah dan anak, suami cuma cari nafkah. Nope. Bila kita sama-sama buat baru kita tahu banyak benda nak kena settlekan dekat rumah dan penat tu tak berseorangan. 

Kalau sama-sama buat kerja rumah, baru kita rasa kita ada tanggungjawab atas keluarga, jadi tak ada masa untuk buat perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah. Haa contoh nyaa.... banyak isu yan berlaku sekarang kan. faham-faham lah sendiri ya. 

Banyak lagi benda lain yang kitorang lalui cuma ini yang leyla nak highlight kan untuk tahun ke-2 ni. Tahun depan kita highlight kan benda lain pulak. hehe. 

Happy anniversary to us. For my husband, i love you so much, a millions of lemons. I cant imagine live without you, so stay at by my side forever sayang. 

2 comments

  1. happy anniversary both of you...moga bahagia selama-lamanya,bermasam muka bergaduh manja tu biasa,yang penting saling hormat menghormati& akak pun setuju yg pasal teamwork tu tiada istilah dia suami tak perlu buat kerja &tiada istilah kita isteri perlu buat semua benda

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut ulangtahun ke2 perkahwinan. semoga berbahagia sokmo hingga ke Jannah. Aamiin...

    ReplyDelete