Followers

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

 


23.3.23 tarikh yang ditunggu-tungu seleruh umat islam. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ni. Syukur. Semoga banyak amalan yang boleh kita buat tahun ni. Boleh kumpul banyak-banyak pahala. Boleh betulkan ibadah-ibadah kita yang selama ni lopong. Itu sahaja harapan leyla untuk Ramadhan kali ni. Semoga dapat puasa penuh ramadhan ni. hehehe. 

First ramadhan bersama budak kecik ni. Orang sahur pun dia bangun sekali. Tak hairan pun dia bangun sebab memang pukul 5 pagi dia bangun dah dari umur 1 bulan lagi. Memang extra morning person dia ni. Bila dah habis pantang masih bangun pukul 5 pagi sebab mama bangun masak bekal untuk kerja pukul 5, dia bangun sekali. Kalau hujung minggu mimpi lah mama papa nak lajak tidur, memang tak dapat. 

Afeeya ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua pembaca blog mama. Semoga yang baik-baik untuk kalian, Ameen. Acik-acik jangan tak puasa ya. 



3 comments

  1. selamat berpuasa afeeya comel...mama papa tak perlu pasang alarm clock dah cukup dengan afeeya je hehe

    ReplyDelete
  2. Hari yg cntik .tarikh yg cantik . Salam ramadhan

    ReplyDelete
  3. Comelnya baby...Salam Ramadan 🤩

    ReplyDelete