Followers

WEARABLE ATAU WIRELESS BREAST PUMP LAGI OK?

 Hai Assalamualaikum. 

Sekarang dah start kerja, jadi aktiviti pumping bermula. Struggle sangat nak bekalkan susu yang terbaik untuk anak. Pumping susu sebab nak jimat? No. Tapi sebab nak bagi yang terbaik untuk baby. Masih juga tak jimat sebab breast pump dan accessories nya pun dah mahal. Siapa yang cakap jimat tu. 😂 Semua pun tahu susu ibu adalah susu yang terbaik didunia kan. 

Wearable atau wireless breast pump yang ok?

Setakat ni dah gunakan kedua jenis pump ni. Tapi cuma 2 jenama sahaja. Tak ada bajet nak try dan review banyak jenama. Macam mana wearable pump? macam mana wireless pump?


Wearable Electric Breast Pump

wearable breast pump yang leyla guna. Brand pump on the go. Motor dia lebih kecik dan senang nak bawak kemana-mana. Pump jenis wearable ni memang ada tube dan agak berselirat jugak nanti. Tapi pump ni susah kalau nak bawak ke office, jadi leyla hack kan dengan simply cup dari pump on the go jugak. Dekat rumah pakai jenis ni, dekat office bawah yang jenis cup. Guna motor yang sama je. 


Wireless Breast Pump


Untuk wireless breast pump leyla pakai brand Youha AVA. Mula-mula beli yang ni dulu sebab senang, caj je masuk dalam bra dan settle. Tunggu je habis pump atau pun 20 minit. Tapi leyla perasan bila pump, tak dapat banyak yield atau breast tak kosong. Dia pump tak sampai habis. Bila tengok review pun memang jenis wireless breast pump ni tak berapa kuat pumping dia. 

Kedua sebab dia still ada bunyi. Sebelah pakai ada bunyi, bila 2 belah pakai, bunyi dia mesti dengar 2 kali kan. Kalau pakai 1 motor je mesti ada 1 bunyi je kan. Nasib baik beli 1 je hari tu. 


Ini part dalam AVA breast pump. 

Apa yang perlu difikirkan sebelum beli breastpump ni?

1. Keperluan

Keperluan untuk ibu bekerja. Untuk suri rumah rasa nya tak perlu invest duit banyak sangat untuk breastpump. Sebaiknya direct feeding je lagi bagus. Kalau nak buat standby untuk emergency boleh cuba manual breastpump atau mermet sendiri. Lagi jimat. 

2. Survey.

Survey banyak-banyak review dan rajinkan bertanya orang. Leyla beli Pump On The Go tu lepas tanya kakak ipar yang mana ok. Sebab keutamaan leyla masa tu nak double pump yang bunyi nya tak kuat sebab nak pump dalam office. Jadi dia suggestkan POTG ni. 

Selain tu kena survey harga juga, mahal tak semestinya sesuai dengan kita. Murah tak semestinya tak sesuai. Tak hairan lah kalau mak-mak memang banyak jenis breast pump. Sekarang dah ada breast pump untuk sewa, jadi boleh sewa dulu tengok kesesuaian. Kebanyakan breast pump jenis ni harga range 250-500 dan ada yang lebih mahal. Dekat shopee ada yang lagi murah dari 250 tapi kena rajin baca review. 

3. Electric pump atau manual. 

Bagi mommy yang bekerja memang lagi recommend guna electric pump yang mana pakai caj. Ada juga jenis kena sambung pada powerbank baru boleh guna, leyla tak sarankan yang macam tu sebab nanti kena bawak powerbank kemana sahaja. Powerbank tu berat dan campur dengan pumping gear lagu berat dan banyak barang. Pilih double pump. Ada yang single pump, single pump ni 1 je boleh pump, jadi membazir masa, Why not guna double pump, pump serentak. Kan jimat masa tu. 

4. Flange size

Flange size ni penting sebab nak elakkan kita daripada sakit ketika pumping. Bila saiz flange tak sesuai, nipple kita akan cepat crack dan sakit. 

cara dapatkan saiz flange. 

     



Boleh refer gambar kat atas ya. 

So far bagi leyla, leyla pilih wearable breast pump. Sebab suction dia lagi bagus daripada wireless breast pump. Bulky tak? dua-dua masih bulky, bila pakai memang akan nampak jugak breast kita macam besar. Still need cover atau labuhkan tudung. Bunyi tetap ada cuma tak ada lah daripada 2 motor yang berbeza, bunyi dari 1 motor sahaja dan kalau ada bunyi lain dekat sekitar, bunyi pump kita kurang dengar. Kecuali office memang dalam keadaan sunyi sepi. Setakat leyla pakai sakit tu ada jugak sebab nipple memang dah start crack bila menyusu, dan power suction dia pun agak kuat, memang leyla pakai level 1 je. level 1 pun dah cukup memadai. 10 minit susu dah penuh 5 ounce. Sepanjang leyla pakai wireless breastpump tak pernah dapat semeriah tu, cuma dapat 2 - 2.5 ounce je. 

Wireless pump ni sebenarnya best jugak. Senang, ringan dan jimat ruang. Cuma suction dan sound dia je yang lack. Yang lain semua dah okay. Atas diri sendiri nak pilih yang jenis macam mana. Dua-dua ada pro cons masing-masing. 

6 comments

  1. pengorbanan sorg ibu yg kena pam susu di pejabat., huhu semoga dipermudahkan., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sgt2 mencabar walaupun baru seminggu. ameen

      Delete
  2. Pergh.. Mencabar ni.. Sha guna manual je..

    ReplyDelete
  3. Anonymous18 August

    Tengah survey wireless jgak ni. senang nak pump kat ofis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat office leyla recommend yang wearable atau manual. kalau pakai wire mcm susah sikit

      Delete