Followers

ROTI JALA UNTUK POT LUCK


Hai  Assalamualaikum. 

Minggu lepas iqbal cakap sekolah dia ada buat pot luck dan tanya pendapat nak bawak apa. Dan sebagai seorang isteri yang rajin dan masih cuti bersalin, maka bercadang la untuk masak sendiri. Mulanya cakap bawak je cocktail. Tapi sebab tak ada bekas yang sesuai nak letak jadi cancel. 

Terfikir lah nak buat roti jala. Dulu selalu tolong ma menjala roti sampai beratus biji tapi tak pernah buat dari awal which mean buat adunan dia. Tapi setakat adunan tu kita google2 je kan. Aceceh. Terus tanya iqbal ok tak kalau buat roti jala, dia pon dah setuju sangat, kita pon onz je. Terus beli barang-barang nak buat roti jala & kuah kari. 

Bahan bahan:

3 cawan tepung gandum

2 1/2 sudu besar minyak masak

1 sudu kecil garam

1 biji telur

3 cawan air + 1 kotak kecil santan (agak2 elok je adunan tepung tu nanti. 

Sedikit pewarna kuning & merah (gigih nak buat warna pink)

Cara-cara:

Blend kan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. 

Lepas dah siap menjala boleh la gulung2 kan dia. Siap 1, jala lagi sambil tunggu jala dekat dapur masak, boleh gulung jala yang baru angkat tadi. Haa ulang la sampai habis. Ingatnya nak buat ala-ala hipster separuh kuning separuh pink, tapi diri ini tak berapa nak rajin pulak. 


Taraaaa dah siap roti jala nya. cantik kejadian nya. Memang sedap siap dapat pujian cikgu2 sekolah lagi. Aisehhh mesti la kena bangga. Satu hari tu breakfast & lunch makan roti jala je sambil layan Afeeya. 


Nampak menyelerakan tak? sila lah buat untuk minum petang supaya suami sayang 😂😂 Selamat mencuba dan menjamu selera guys. 

4 comments

  1. Wah.. Cantiknya.. Nampak menarik..

    ReplyDelete
  2. mesti habis licin dimakan kat sekolah tu. yummy.....

    ReplyDelete
  3. Menarik warna pink tu. Dah sedap pasti dipuji..Good idea bawa roti jala. Kuahnya pun pikat memikat.

    ReplyDelete
  4. Cantik warnanya, nampak menyelerakan.

    ReplyDelete