Followers

PENGHANTARAN LAZADA YANG MEMUASKAN


Sebenarnya barang sampai semalam lagi, tapi blog tak boleh nak update sebab internet amatlah slow. Jadi tangguh lah update ni. Baca entry lepas ? JANGAN LEPASKAN PELUANG DALAM MASA 13 JAM DARI SEKARANG. aku berhabis dekat LAZADA. Kononnya nak beli rak kasut je. Tapi terbeli benda lain sekali. Sebab alang-alang dah beli, Baik beli banyak terus kan.

Order aku buat hari sabtu. No wonder la memang pos berjalan hari isnin. Tapi hari selasa barang yang aku order dah sampai. Wow cepat betul kan. Senang sikit. Tak payah aku nak memilih banyak sangat dekat kedai. Kebetulan pulak masa tu tengah sale. Memang murah berbanding di kedai.

Jadi terjawab tak kalau ada yang tanya

Boleh percaya ke beli kat LAZADA?
Penghantaran LAZADA ok ke ? 
Memuaskan ke penghantaran LAZADA?

Tengok rak kasut yang dibeli.


Tinggi - tinggi rak kasut pun sebenarnya masih tak cukup nak isi kasut perempuan ni. Ada lagi separuh susun dalam rumah. Tu lah orang kata, perempuan ni kalau tengok luar rumah macam tengah buat marhaban tapi dalam rumah dua tiga orang ja. Memang lumrah perempuan macam tu kan. Sorang tiga empat pasang kasut.

Keadaan sebelum ada rak kasut.


#BukanIsteriPilihan

1 comments

  1. kena beli satu lagi tuh..hehe..btw template blog kita sama la.haha

    ReplyDelete