Assalamualaikum. Hai semua.
Bagi sesiapa yang sudah berkahwin mesti familiar dengan perkataan TTC kan. Mungkin mudah untuk wanita mendapatkan cahaya mata, mungkin juga ada yang mengambil masa 2 3 tahun untuk mengandung, dan mungkin cecah 10 tahun baru diberikan rezeki zuriat.
Leyla tak tahu termasuk dalam kalangan ibu-ibu yang sedang TTC ikhtiar untuk dapatkan cahaya mata atau tidak kerana umur perkahwinan kami masih lagi baru. 6 bulan. Macam yang kita tahu TTC ni untuk pasangan berkahwin selama 1 tahun keatas tapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Tapi leyla cuma ikhtiar untuk betulkan semula dalaman dengan cara TTC. Dalaman wanita sangat penting, perlu dijaga dan dirawat jika ada masalah.
Leyla ambil keputusan untuk cuba Efferty selepas mengalami sengugut selepas berkahwin, sebelum berkahwin, cuma rasa senggugut yang ringan. Tapi lepas berkahwin, sengugut makin teruk. Perlu tahu ya sengugut ni bukan masalah biasa tapi perlu dirawat. Leyla juga akan migrain bila datang period.
Kenapa sengugut ?
Sengugut tu adalah contraction yang berlaku bila dinding rahim kita tidak terbentuk dengan tebal dan kuat. Sebab itu bila kita mengalami masalah sengugut, agak sukar untuk telur menempel di dinding rahim kita. Sebab itu proses persenyawaan gagal dan kita tidak mengandung. Mungkin sperm suami sudah bertemu dengan telur tapi tidak dapat menempel dengan baik sebab dinding rahim kita lemah dan nipis.
Minum efferty ni dapat pakej sekali dengan ilmu untuk hamil. Sesetengah orang bersama sahaja sudah dapat khabar gembira, sesetengah orang perlukan masa dan kesabaran. Banyak ilmu yang dapat sepanjang minum efferty, cara untuk mengetahui waktu subur, berapa hari perlu bersama selepas tahu waktu subur dan macam-macam lagi. Perempuan ni banyak benda juga kena tahu termasuklah pasangan kita sendiri, kena tahu kitaran haid normal atau tidak, waktu subur, waktu boleh bersama dan tak boleh bersama. Banyak ilmu berpasangan ni kena belajar.
Alhamdulillah lepas minum efferty period sudah tak sengugut dan tak migrain. Masalah migrain kalau period sampaikan kena ambil ubat tahan sakit pun dah tak ada. Sempat minum 2 jar efferty dan 4 sachet efferty kotak, hormon leyla rasa macam dah agak stabil, leyla decide untuk stop sekejap sebab tak nak stress lagi dengan nak hamil ni, decide untuk enjoy je dulu kalau masih belum rezeki. Kita tahu kan kalau kita stress dan terlampau fokus untuk dapatkan anak, akan bagi effect dekat proses tersebut. Jadi leyla decide untuk percaya dengan rezeki Allah. Niat nya nak cuba amal madu pula setiap pagi. Madu pun baik untuk ikhtiar hamil ya. Minum setiap pagi dengan air suam dan separuh lemon. Suami isteri boleh amalakan.
Tapiiii.... lepas stop 3 hari .......
Alhamdulillah leyla dapat khabar gembira. Check UPT positif dan check clear blue naik pregnant 2-3 minggu. Syukur dengan rezeki dari Allah bagi peluang untuk leyla rasa kehadiran malaikat kecil dalam rahim leyla. Soon leyla rasa macam nak share banyak benda pasal TTC ni dekat blog. Apa yang perlu kita tahu tentang dalaman kita sendiri sebelum dapatkan rawatan doktor. Kalau problem tu besar, leyla lebih suggest awak semua pergi cek doktor sahaja. Masih terlalu awal lagi usia kandungan ni. Semoga dia membesar dengan sihat dan sempurna. Doakan kami ya.
Bagi leyla efferty ni bagus sangat diamalkan bukan untuk pasangan berkahwin sahaja, tapi yang belum berkahwin dan merancang untuk berkahwin juga boleh amalkan. In shaa Allah efferty ni selamat sebab pengasas nya juga seorang doktor. Boleh refer etelegram / tik tok Dr. Raihana sebab dia banyak kongsi kan ilmu untuk ikhtiar hamil. Dekat situ lah leyla tahu yang tak semestinya kita nampak sihat dekat luar, dalaman kita juga sihat terutaman wanita. Kat situ juga leyla banyak belajar tentang pemakanan untuk ikhtiar hamil. Banyak sangat ilmu yang dapat. Recommended sangat untuk semua, tak semestinya isteri-isteri, suami-suami-suami juga perlu tahu ya keadaan isteri.
Leyla jugak daftarkan diri sebagai agent efferty. Disamping minum sendiri leyla nak bantu juga ibu-ibu mendapat zuriat. Nak dapat kan konsultant pun boleh, memang leyla bukan doktor pakar puan, hehe tapi leyla boleh refer team yang lebih berpengalaman dan refer Dr. Raihana sendiri untuk dapatkan jawapan dari pertanyaan awk semua. Klik SINI je kalau nak tanya apa-apa okay.
Next leyla akan lebih banyak share tentang pregnancy journey leyla pulak. Doakan kandungan leyla membesar dengan sihat dan sempurna ya. i'm mom to be dah, macam tak percaya. Lepas ni blog ni pon akan jadi parenting blog, tapi rajin ke leyla nak update pasal parenting blog ni. Mintak-mintak la leyla lebih rajin lepas ni ya.
10 comments
tahniahnyer.., tapi ramai je blogger kat sini yg belum dpt mengandung walopon mcm2 ikhtiar dh dibuat., walahuu
ReplyDeleteTerima kasih wak. semoga yang lain nya berjangkit dengan leyla lepas ni. aminnn
DeleteAlhamdulillah..Tahniah! Tumpang gembira. Take care leyla :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. terima kasih kak :)
Deletealhamdulillah....moga terus sihat dan segala urusan dipermudahkan
ReplyDeleteAlhamdulillah. aminn. terima kasih
DeleteAlhamdulillah....tahniah Leyla....
ReplyDeleteAlhamdulillah. terima kasih kak azi
DeleteAlhamdulllah.. rezeki masing2.. tahniah..
ReplyDeleteAlhamdulillah. terima kasih
Delete