Followers

CARA-CARA BUKA BUKU PINK | APA NAK KENA BUAT?


Cara-cara buka buku pink | Assalamualaikum. Post kali ni leyla nak share cara-cara nak buka buku pink pada tahun 2021 ini. Memandangkan kita masih dalam pendamik jadi mungkin ada prosedur yang tak sama dengan tahun-tahun sebelum ni. Leyla baru selesai buat buku pink ni, jadi mungkin boleh jadi rujukan untuk bakal-bakal mommy kat luar sana. Terutamanya first mommy macam leyla memang sikit 'blur' tentang buku pink ni. 

Soalan paling utama kita tanya bila nak buat buku pink adalah ..


1. Bila kena buat buku pink ni?

Buku pink ni boleh dibuat pada minggu ke 6 - minggu 12. Jangan lebih lama sangat sampai week 15 keatas sebab nanti kena marah dekat nurse kat sana. Tapi kalau bawah dari week 6 masih terlalu awal untuk klinik buat buku pink ni. Oh ya, buku pink ni hanya dibuat di klinik kerajaan sahaja. Kalau swasta ada buku biru, tapi lebih galakkan buat buku pink dahulu walaupun nak buat check up dekat klinik swasta. Sebab nanti anak dah besar timbul masalah bila nak start sekolah. Tu apa yang leyla dengar la. Lagipun buku pink ni lebih detail berbanding buku biru di klinik swasta. 

Leyla buka buku pink pada minggu ke 10. Jadi ngam-ngam tak awal dan tak lambat. Kalau scan pun masa ni baby dah nampak besar sikit dan jantung dah nampak jelas berdegup. 

2. Book tarikh appointment. 

Cara nak tahu KK mana yang boleh kita buat buku pink adalah call KK terdekat dan tanya tempat kita tinggal perlu buka buku pink dimana. Dia akan suggestkan KK yang paling dekat dengan rumah supaya nanti senang KK nak pantau dan kerumah bila nak check up baby nanti. 

Leyla buat dekat KK Batu Arang. Sesetengah KK akan minta bawa bil eletrik untuk confirmkan alamat. Lepas dah contact KK, dia akan mintak kita isi detail. Semua detail untuk ditulis di muka depan buku pink. Jadi pihak KK boleh isi siap-siap. Tak perlu nak isi semasa hari appointment tu. Mudah sikit kerja pihak KK. Lepas dah isi detail dia akan bagi tarikh appointment. 

Pada hari appointment tu kalau boleh, datang seawal mungkin sebab leyla datang pukul 8.30, dekat KK dah macam kenduri ramai orang. Jadi lama la ambil masa nak siap check up. Barangkali pukul 7 dah kena terpacak depan KK tu. 

3. Apa yang perlu bawa semasa appointment?

IC, Scan detail, Bil eletrik & Surat nikah. Macam yang leyla cakap ada sesetengah KK nak bil elektrik, sesetengah cuma minta alamat sekarang sahaja. Jadi prepare sahaja bawa. Surat nikah juga sama. Ada sesetengah KK minta surat nikah, ada yang tak mintak. tempat leyla tempoh hari tak ada minta, tapi leyla prepare sahaja bawa siap-siap. Scan detail ni sebelum kita ke klinik kerajaan, kita pernah scan di klinik swasta bukan? bawa sekali. Doktor time tu dia ada tanya pernah buat scan atau tak. Kalau pernah buat dia nak tengok. Lepas tengok tu dia ada tanya ada dengar jantung atau belum. Lepas tu dia scan lagi sekali. 

Time leyla scan dekat swasta tempoh hari baru minggu ke 8, jadi tak nampak jelas sangat tapi dah besar berbanding scan pada minggu ke 6. Jantung belum nampak tapi dah boleh dengar bunyi jantung berdegup. Laju. Bila dr scan dekat KK dah nampak jantung kecil berdegup-degup 😍😍 dah nampak jelas kepala, tangan dengan kaki walaupun belum complete membesar. Teruja sekejap tengok malaikat kecil dalam rahim sendiri. 

4. Apa kena buat dekat klinik?

Ok, bila dah register dekat kaunter dan cakap ada appointment untuk buat buku pink, dia akan ambil buku pink yang dah di isi dengan detail yang kita bagi tempoh hari. Kalau dulu kita perlu isi kan sendiri, tapi sebab covid dia nak cepatan proses jadi procedur baru dibuat. 

Lepas tu dia akan bagi nombor giliran dan kena ke kaunter staff yang jaga pasal ibu dan anak.Lepas tu dia akan tanya basic soalan, pregnant kali pertama ke, pernah gugur tak, smocking tak, suami smocking tak ect... Lepas tu dia akan timbang, cek tekanan darah & cek tinggi untuk catatkan BMI. Lepas dah record semua dalam buku pink tadi. Tunggu lagi untuk cek darah. 

Lepas tu dipanggil ke bilik ambil darah. Ambil darah macam biasa, cek hiv sekali darah tersebut dihantar ke makmal untuk pemeriksaan. Lepas tu  makmal akan bagi cup untuk test air kencing. Lepas tu makmal keluar kan result untuk jumpa doktor. Tunggu lagi. 

P/s: pastikan kencing korang okay dan minum air banyak sebelum datang klinik. Sebab leyla kena repeat 2 kali test urine sebab kencing kotor. Leyla memang kencing sikit-sikit sejak mengandung. Sebab kurang minum air. Tak bagus ya, jangan ikut. Lepas jumpa nurse dia cakap kencing kotor sangat, dia suruh habiskan air 1 botol dan repeat lagi. Kalau tak mungkin kena refer hospital. Terus la minum air habis 1 botol kecil. Tak mahu kencing juga. Iqbal keluar lagi beli air. minum lagi setengah botol. Sikit sahaja kencing. selebihnya muntah balik. Pastikan korang bawa air sekali sebab tak semua KK ada water dispencer, nanti kena beli dekat luar jauh. 

Lepas dah ok, tunggu lagi sampai turn masuk jumpa doktor. Dalam bilik doktor pon sama, dia tanya soalan-soalan basic macam tadi tapi leboh detail. Yang penting kena ingat hari pertama kita last period. Perempuan kan mesti benda ni wajib tahu dan catat. Kalau yang jenis catat memang tak ada masalah. Sekarang dah mudah, download je apps my calendar, settle masalah. Kena rajin tanda je. 

Lepas tu dr scan semua tengok keadaan baby dan tengok saiz baby sesuai tak dengan tarikh last period kita dan doktor akan bagitau due kita bila. Awal-awal pun dah boleh kira due tu cuma nak tahu tally atau tak sahaja dengan saiz baby sekarang. Untuk track pregnancy leyla dowload apps Pregnancy + dan asianparent. Sangat bagus apps ni. 

Lepas dah selesai jumpa doktor, kena jumpa nurse yang akan handle kita dan nurse akan bagi vitamin yang doktor dah suggestkan. Leyla dapat New obimin. Vitamin yang ditakuti tapi alhamdulillah setakat ni leyla okay je lagi nak telan. Cuma tak okay sebab kena telan antibiotik kes kencing kotor tadi. Busukkk. Dah selesai buat buku pink. Dah boleh balik rehat. Proses agak lama, dari pukul 8.30 sampai 1.30pm. Tapi biasa lah, kena banyak sabar sikit dan banyak tunggu. 

5. Apa kena buat dengan buku pink?

Buku pink ni ada semua record mommy dan baby. Jadi sangat penting bawa buku ni kemana sahaja kita pergi. In case kalau ada emergency terus pergi hospital dan bawa buku pink ni, jadi doktor senang refer semua benda dalam tu. Nak balik kampung pun wajib bawa, incase kita tersangkut kat kampung dan tak boleh buat check up macam biasa, boleh tumpang check up dekat klinik berdekatan kampung. Nak follow up dekat swasta juga perlu bawa buku pink,mostly klinik swasta akan minta buka buku pink di klinik kerajaan dulu dan baru follow up di klinik menggunakan buku pink tersebut. Penting kan buku pink ni? jadi kena bawa kemana sahaja kita pergi. 

Selesai sudah bab buku pink. Semoga semua urusan kita sepanjang pregnant ni dipermudahkan sehingga bersalin. Yang penting mommy-mommy semua kena jaga diri dan pemakanan. Always kena ingat baby dalam perut kalau nak makan yang tak sihat selalu sebab apa yang kita makan akan diserap oleh baby. Kena kurangkan fastfood dan sweet food. Jarang-jarang tu tak apa tapi jangan kerap. 

5 comments

  1. Nice sharing.. mst new mom nak tahu sgt2 info mcm nie..

    ReplyDelete
  2. semoga semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. semoga anak yg dikandung ini akan menjadi anak soleh/solehah. Thanks for sharing. Aamiin. Done follow your blog.

    ReplyDelete
  4. baca ni teringat masa mula-mula buat buku pink. Take care tau...

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan ibu dan anak.. aminn 😅

    ReplyDelete