Followers

NOSTALGIA SEPANJANG 2015

Alhamdulillah. Tahun 2015 bakal melabuhkan tirai tetapi aku masih lagi mampu bernafas dan masih mampu melihat keindahan dunia. Dalam hidup aku, 2015 lah yang banyak memberikan mengalaman manis dan pengalaman kurang manis yang tak mampu aku lupakan. Banyak kejayaan aku dapat pada tahun ni setelah bertahun-tahun berkorban.

Ada 3 kejayaan paling besar sepanjang tahun 2015. Bukan niat aku nak bangga diri dengan tulis cerita ni dan dibaca khalayak ramai. Cuma untuk menulis cerita hidup aku disini. Agar suatu hari aku boleh baca semula cerita aku sendiri. Kalau ada yang tak senang dengan cerita ni, aku mintak maaf.

Kejayaan pertama setelah mendapat segulung Diploma Kejuruteraan Pembuatan. Ya, cuma diploma, tetapi hanya pelajar diploma sahaja yang tahu kelebihan memegang sijil diploma. Paling kurang aku dah legakan hati kedua ibu bapa aku. Ma pernah cakap "Ma dah lega sikit walaupun sekarang k.na tengah belajar lagi. Kalau apa-apa jadi dekat ma dan ayah, sekurang-kurangnya k.na dah boleh bawak diri sendiri. K.na dah boleh kerja sendiri". Masa tu sebak dada dengar weh. K.na hadiahkan sijil diploma ni untuk ma dan ayah.

Kedua aku ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam askar wataniah. Walaupun cuma askar wataniah, askar susu kata orang, tapi tetap bagi impak dalam hidup aku. Banyak aku belajar sepanjang aku dilatih sebagai Pegawai Kadet. Banyak suka duka yang aku lalui. Banyak perkara yang tak terduga aku buat. Banyak perkara yang orang lain tak akan mampu buat dengan rela hati. Sepanjang 3 tahun ni banyak ajar aku jadi manusia yang tak manja. Mental koyak pun buat-buat tak koyak je la.

Lepas tu aku dapat peluang sambung Degree dalam Kejuruteraan Teknologi Product Development. Hadiah seterusnya untuk ma dan ayah. Tahun ni k.na kumpul hadiah untuk 3 tahun lagi. Semoga aku mampu habiskan 3 tahun degree lagi. Panjang umur, boleh lah aku genggam segulung ijazah pulak.

Dalam dunia blog, aku lebih aktif ditahun 2015 ni. Sebelum ni update tak update je blog ni. Tahun 2015 aku dah terbitkan sebanyak 249 entry. Sikit bagi blogger hebat lain tapi banyak dah bagi blogger picisan macam aku ni. Target 2016 aku nak terbitkan 498 entry. Kali dua dengan entry 2015. Kalau lebih pun lagi elok.

Untuk semua kejayaan tu aku hadiahkan diri sendiri dengan kamera pilihan hati. Walaupun banyak duit aku labur untuk kamera ni, Aku puas sebagai tanda kejayaan aku ditahun 2015. Daripada aku habiskan duit sikit-sikit dengan benda yang aku tak nampak.


Syukur Alhamdulillah dengan semua kejayaan yang aku dah capai tu. 2016 moga aku lebih berjaya. Ameen...

4 comments

  1. abes tu bila nak kuar outing tembak2 dgn wak guna kamera olympus tuuuh., kehkeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehh wak. bila wak datang perlis roger2 ja saya

      Delete
  2. Banyak kenangan manis ni :D Semoga 2016 lebih manis :D

    ReplyDelete