Followers

2015 BEST NINE DI INSTAGRAM

#2015bestnine

Instagram ada menyediakan sesuatu yang boleh mengimbau kembali kenangan tahun 2015. Ramai dah yang mula buat. Hari ni lagi ramai yang mula upload gambar bestnine ke instagram masing-masing.

Aku dapat 21 105 likes daripada 216 gambar yang aku upload sepanjang 2015. Sikit je rupanya aku upload gambar nak berbanding kawan-kawan lain sampai beribu gambar upload. Like pun dapat sikit je sebab aku bukan artis pun. Nasib ada kawan-kawan yang nak tolong like muka yang tak berapa nak comel ni. Terima kasih semua kawan alam nyata dan alam maya.

9 gambar aku semua tersusun rapi bermula dengan gambar seorang student, gambar bersama kawan rapat aku, gambar bersama kawan-kawan diploma dulu dan sekarang, aku sendiri yang forever alone tu, gambar aku dengan pakaian no 3 askar dengan 1 paku leftenan muda (alhamdulillah) gambar aku yang suka berfesyen walaupun tak lawa, gambar dengan besties lagi, gambar graduate diploma (alhamdulillah) dan gambar dengan adik beradik kesayangan di universiti (bukan adik beradik kandung).

Macam mana nak buat 2015 best nine ni ?

senang je. cuma klik ni 2015bestnine.com dan isi username instagram anda dan keluar gambar bestnine. Tekan gambar lama-lama sampai keluar save as, save as gambar tu dan ia akan mula didownload ke telefon bimbit. Lepas tu boleh lah upload ke instagram, facebook dan twitter. Jangan lupa #2015bestnine

0 comments