Sekarang dah banyak sangat vape dimerata tempat, kalau dahulunya jerebu sekarang dijerebukan oleh vape. Rata-rata ada sahaja asap vape ni. Tengah makan pun berkepul-kepul asap vape ni. Kadang-kadang rimas jugak lah. Nak main hembus atas muka orang.
Bagi aku vapers ni agak kurang ajaran sikit lah kalau nak dibanding rokok. Walaupun bau dia tidak sebusuk rokok, tapi tak semestinya boleh hembus merata tempat. Kalau ada bayi ke, kanak-kanak ke, orang tua ke, sesuka hati je main hembus. Asap vape tahu sahaja lah, macam asap lori banyaknya.
Vape ni sebenarnya bukan sesuatu yang ketagih melainkan cuma style ikut peredaran masa. Orang vape kita pun nak vape. Vape bukan ada nikotin pun untuk diketagihkan. Ada pulak yang bukan dari merokok tetapi vaping. Vape ni sebenarnya dah bagus sebagai langkah berhenti merokok. Tapi ni makin bertambah pulak golongan yang makan asap ni.
Vape ni walaupun tak keluarkan asap yang sangat berbahaya untuk mengguna yang kedua, tetapi tetap keluar dari lubang hidung korang. Dari segenap organ dalam badan korang. Tetap menghasilkan satu gas yang berbahaya untuk pengguna lain. Yang bahayanya kami yang menghidu.
Maaf kalau ada yang tak setuju dengan aku. Tapi kalau benda ni bagus kenapa sultan Johor nak semua kedai vape ditutup ?
Tepuk dada tanya diri sendiri. Maaf andai ada yang marah. Cuma pandangan 20 sen.
4 comments
rasa memang patut diharamkan la kalau boleh jejaskan kesihatan rakyat kan...tapi tak taulah nak komen lebih2
ReplyDeleteapa2 pun, benda ni banyak keburukan dari kebaikan.. berbalik kpd ajaran islam.. mungkin itu dpt membantu mnjwp soalan ini..
ReplyDeletedekat ngan rumah ahkak pun ada satu kedai vape dah bukak.. huurm.. laju eh bisnes ni..
ReplyDeletesenang cerita.. anything yg membawa kepada keburukan.. adalah salah atau dalam istilah agama kita haramlah.. sebab kita menzalimi diri kita sendiri.. tapi yes.. tepuk dada tanya selera sendiri..
walaupun tak ada nikotin or anything yg menyebabkan ketagihan.. still.. its a chemical.. and when it comes to chemical. its not good.. when its not good.. its ??? haaa jawab sendiri hehe..
eh panjang pulak akak komen =P
and yes.. part diorang suka2 hati sembur tu memang tak boleh terima jugak.. and kadang2 tu macam sengaja saja.. duh !! it shows mentaliti macam mana.. pergila jauh2 or duduk dgn org2 yang sama2 vaping tu.. sama2 hidu.. doesnt mean x merokok.. bleh sembur asap kat public cenggitu saja..
ReplyDeleteokay maaf.. akak smbung membebel =P