Followers

SELAMAT HARI SUKAN NEGARA 10.10.15


Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri pada 24 Mac lalu. Sambutan ini adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang mana ia satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan'. Hari Sukan Negara disambut dengan penuh gilang gemilang. Setiap Universiti mengambil peluang untuk melancarkan sukan di setiap negeri termasuklah Universiti Malaysia Perlis yang terut mengadakan sukan olahraga Universiti.

Hari Sukan Negara diisi dengan lebih 17,000 aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan ini yang diraikan secara serentak di seluruh negara. Semua pihak melalui pembabitan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program serta aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.


Perdana Menteri tiba dipadang kawad UiTM kampus Shah Alam bagi Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara.Yang turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/87845


2 comments

  1. PCL lupa la nak bersukan hari ni..tapi hari hari lain ada, haa hari ni je tau terlupa !

    ReplyDelete
  2. majula sukan utk negara., ;p

    ReplyDelete