Followers

PIPI DICIUM CHARLIE

Assalamualaikum.

Siapa kat sini kenal dengan sang arjuna charlie ni? Kalau student dekat utara ni memang tahu sangat lah pasal charlie ni. Kalau ada yang tak tahu tu menipu lah.

Charlie ni adalah sejenis kumbang rove yang berupa seperti semut tetapi agak panjang dan berbelang oren. Macam ni la rupa charlie tuu.


Selama ni agak jarang la lela nak kena charlie ni. Tak tahu satu hari lela duk baring baring atas katil, padahal duk ngadap laptop ja. Bila bangun pipi dah rasa pedih, ingat macam kesan baring jaa. Bila tengok dekat cermin, ai lain macam je merah dia.


Ni masa mula mula kena. Nampak merah merah macam tu ja. Yang ni tak ada lah kuat sangat. Kalau teruk dia terus melecur macam tu kot. 


Dah hari ke dua jadi macam tu dah. Sekarang hari ke tiga. Nak cuci muka mak ai sakit nyaa. Rasa macam pipi ni kena siat. Pedih sebelah muka. Nak pergi klinik nampak macam sikit je kena.. Tak pe la, tahan dulu sikit. Nanti kalau melarat baru pergi klinik. 


Gambar auto filter, nampak macam merah sikit tapi sebenarnya dah merah ke biruan sebab dah mula ada bintik berair. Yang part ni lah sakit. Nak sentuh pun sakit. Nak tersentuh dengan apa apa pun sakit. Nasib badan kan.

Lepas tu dah takut terus letak ubat gegat dalam bilik. Bau ubat gegat sikit ja. Tahan la taknak bagi Charlie bermaharajalela kan. Biar lela je bermaharaja. Dah terus tak sanggup nak kena Charlie lagi. Ssebelum ni kena jugak dekat badan, boleh la tahna lagi. Ni kena kat muka kot. Harap cepat baik. Doakan yaa.

6 comments

  1. uishhh semut ni kalau byk kena gigit mahu tak berbisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa. nasib baik sikit jaa. tapi ni pun boleh kata bnyk jugak ni

      Delete
  2. Dik, pergi klinik atau hospital. Risau melarat.. Bahaya. Harap tak teruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah. ada je guna ubat housemate. dia ada ubat

      Delete
  3. Macam mana nak hindar charlie? Tak tahu pulak kewujudan haiwan ni. Tapi tengok pada kulit awak, takut jugak haa. Huhu. G klinik jugak nanti tau kalau masih tak baik lagi.. risau kang melarat pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah. baik dah ni kot.. banyak jugak tmpt lain yg kena ni.

      Delete