Followers

MAKAN TENGAHARI YANG SIHAT

Assalamualaikum.

Salam october semua nya. Sihat tak korang semua? Kalau tak sihat cepat cepat makan ubat tau. Sebab sekarang ni musim demam. Ramai kawan kawan lela yang demam. Ada je yang dah admit kat hospital sebab lama sangat demam.

Kalau demam sikit sikit tu tak yah layan sangat. Minum air kosong banyak banyak, lepas tu bersenam. Jangan layan duk atas katil baring tidur sangat ya. Korang turun la bersenam sikit. Joging sikit. Bagi cergas dan keluar peluh, In Shaa Allah tak melarat demam nya. Kalau melarat jugak cepat cepat jumpa doktor ya.

MULAKAN OCTOBER DENGAN MAKAN TENGAHARI YANG SIHAT

Hari ni lela dah start masak dekat rumah. Biasa lah asrama sebenarnya tak boleh nak masak. Tapi dapur ada saja buat aoa kalau tak guna untuk masak. Sebenarnya tak tahan nak makan dekat luar. Makan dekat kedai sekali makan malam konfem RM7 melayang. Kalau makan tengah hari RM5 konfem melayang. Sarapan RM 3. Sehari paling minimum pun akan habis RM15 tak termasuk dengan beli roti ka, kudapan ka, tambah tolak RM20 sehari. Kalau seminggu RM140 konfem dah habis untuk makan sahaja.


Pening jugak nak fikir makan ni. Kalau tak makan nanti jatuh sakit. Jadi nak tak nak kena lah masak sendiri dekat rumah. Masak simple simple je dah ok, Goreng telur dadar makan dengan kicap pun dah Ok, semalam beli barang dapur RM 80 habis, tahan la barang ni sampai 3 4 minggu kot. Tak ada lah nak habis RM140 seminggu kan. Jimat lah sikit duit.

Ni menu simple lela masak. KUBIS GORENG.

RESEPI KUBIS GORENG SIMPLE

Bahan bahan.

kubis
ikan bilis.
bawang putih bawang merah.
cili.
lada benggala.
garam, gula.



Cara cara.

Tubis bawang putih bawang merah sampai naik bau. Maukkan ikan bilis. Goreng lama sikit supaya ikan bilis masak.

Masukkan cili dengan lada benggala. Last sekali masukkan kubis. Letak garam dan gula secukup rasa.

Dah siap. Lepas tu tambah dengan telur dadar. Dah boleh lunch dengan senang hati.


Nak cerita sikit pasal kubis. My mum memang pantang sikit kalau makan kubis dekat kedai. Sebab kedai basuh kubih memang tak bersih. Tak sama macam kita basuh dekat rumah. Mana ada kedai yang sanggup basuh satu satu kelopak kubis, rendam dalam air garam. Ada ke kedai nak buat macam tu ? Memang la tak ada yang mati pun makan kubis dekat kedai tapi untuk jangka masa yang panjang, tak elok untuk tubuh badan.


Kubis salah satu sayur yang banyak racun sebab setiap kelopak yang tumbuh akan diracun kelopak demi kelopak. Jadi, agak banyak racun yang terkandung dalam kubis. Kalau nak masak haruslah kita basuh kelopak demi kelopak dan biasa lepas tu lela akan rendam dengan air garam sekejap. Tak tahu la mitos ka betul, tapi lela buat sekurang kurang nya ia kan kurang kandungan racun dalam kubis.

Kalau popia pun ma tak bagi makan. Sebab dalam popia kan ada kubis. Lagi la tak bersih. Kalau nak makan popia buat sendiri. Sebab sangat lah senang nak buat popia tu. Apa yang susah. Cuma rajin dengan malas ja. Kalau malas, makan lah yang tak terjamin kebersihannya.

Dear my future, nanti saye masak sedap sedap ya untuk awak dan anak anak kita. Muahahhaha. Gatal sangat hang lela.

Ok lah, saja je mengarut. Nak gatal gatal sikit pun kat sini je la. Okay. jmpa next entry. Jangan lupa komen kat bawah ya. See yaaa.

8 comments

  1. kubis goreng, lama tak makan! macam nak masak pulak, letak kicap sikit. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak . bagi ada kuah sikit baru syok

      Delete
  2. mmg la kan.kalau asyik makan kat luar memang banyak sangat keluar duit, baik masak sendiri jer..Simple jer pon takpe. at least jimat sikit duit. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. kalau beratus seminggu sakit jugak nak keluar duit nya

      Delete
  3. wah pandai betul memasak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit2 boleh la uncle.main cmpak2 jaa

      Delete
  4. Kubis goreng! Paling senang nak masak. Sedap kombinasi telur dadar dan kubis goreng :) Betul tu. Memasak lagi jimat daripada makan di kedai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah jimat sangat kalau buat macam ni. saman tu belakang kira

      Delete