Followers

PICNIC ALA ENGLISH STYLE DI TASIK TIMAH TASOH, PERLIS

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas kami semua dapat cuti hari isnin. Sebab hari ahad tu awal muharam kan. Lela tak pasti la yang bekerja cuti ke tak, tapi harapnya dapat la cuti kan. Hehehe.

Tapi yang sedih nya kami hanya berperap dekat rumah dari hari jumaat (jumaat lela tak de kelas), sabtu, ahad, isnin. Direct 4 hari duk rumah. Yang kawan kawan lain semua pergi jalan jalan ke Penang la, Tambun la, Langkawi la, Cameron Highland la, Balik kampung laa. Kami je yang duk rumah merungut bosan.

Yang lagi sedih hari ahad tu blackout sekejap tengahari. Kalau dah blackout, wifi pun turut sama hilang. Walaupun elektrik dah ada seperti biasa, tetapi wifi tetap takkan ada selagi hari cuti. Jadi kami kena tunggu hari selasa baru ada wifi balik.

Memang malang betul nasib kami. Hari ahad macam dah separuh tak waras duduk rumah, memang bosan. Habis movie dah tengok. Kami pun plan nak keluar jugak hari isnin tu walaupun hanya pergi mandi dekat gua kelam.

Dah hari isnin, plan tetap jalan, ingat nak pergi picnic dekar Tasik Jitra tapi macam tak dapat je sebab kereta tak berapa sedap. Jadi kami pun cadang picnic dekat Tasik Timah Tasoh Perlis sahaja. Batuk pun boleh sampai sana sebab dekat sangat (hiperbola terok)

Kami ke Giant dulu nak beli barang untuk picnic. Tema ala ala english sikit la kita makan roti ja. Sebenarnya tak plan pon nak ala ala english bagai. Tapi lela ni kau tahu la, high demand sikit, biar murah asal nampak wow ! Hahaha.

Apa yang kami beli hanya lah :

French Loaf
Coklat jem
Strawberry
Donut
2 Pizza bakery Giant
Popcorn
Air Sparkling

So, jadi la macam nii.. Taraaaaa. Nampak tak english style nya? Tak nampak? Betul tak nampak? Tak apa la, kalau nampak sikit sikit tu kira okay la ya. Tak ada lah nak labur duit banyak sangat. Kalau pergi tengok wayang shopping lagi banyak duit habis. Ni sikit ja kongsi kongsi duit. Tapi sangat menyeronokkan.


Ni empat budak gedik yang berperap dekat rumah. Nasib la semua single tak de orang nak ajak dating. Hehehehe.


Yang penting masa picnic ala english haruslah roti dan berries. Dan lela pilih strawberry sebab lagi terang dan lebih murah berbanding blueberry. Blueberry dah la kecil, mahal sama macam strawberry. Baik beli strawberry terus, makan ngam ngam tak lebih tak kurang. Beli satu bekas ja.

Dan nak bagi decorasi lebih cantik, guna lah french loaf sapu dengan coklat bagi penuh, banyak banyak lagi sedap. Lepas tu tabur lah strawberry yang dah dipotong atas tu. Loaf tu lela potong 2 dan belah 2. Jadi boleh isi coklat dan strawberry dekat tengah.

Macam ni.




Penting jugak ada sparkling, nampak lebih classy, lela tak tahu lah mungkin ada orang anggap minuman ni teruk ka, menyerupai ke apa. Tapi bagi lela tak salah sebab halal ya. Bukan minuman keras ya. Sparkling sebenarnya lagi sedap dari air berkabonat coca cola bagai tu sebab gas dia kurang dan rasa buah asli.


Lebihan strawberry tu kami makan celup coklat. Pun sedap jugak. Coklat ni sebenarnya jem coklat gardenia. Nak beli nutella tak jumpa, dah nak bayar baru jumpa. Redho je laa.


Pizza beli dekat giant RM5 ja, beli 2 kongsi 4 orang kenyang mak. Ingat pizza giant tak sedap ke? sedap jugak la kak. Boleh je masuk perut tak semestinya pizza dominos, pizza hut ja boleh bawa picnic.


Kenyang dan seronok pula bergambar time ni. Ramai je yang datang petang petang dekat sini. Time lela pergi tu hujung minggu, ramai jugak orang tapi tetap macam private lake. Tak macam tasik yang lain penuh orang dan ada jualan berlambak. Kat sini memang tak ada orang menjual dan memang ala ala private lake.




Sory sory banyak gambar lela. Nak cakap kat sini cantik sangat. Ada port lagi lawa, ada boat nelayan, tapi ada satu famili ni p buat macam boat tu dia punya. Depa duduk kat situ siap bukak bonet depan boat tu. Sabor je laa. Dah tak leh amik gambar dah.



Belanja gambar awek awek lagi sekali :)


Selalu terfikir, siapa pasangan aku nanti, mampu ke dia layan perangai pelik aku macam ni. Kalau ajak picnic macam ni agak agak dia nak tak? Mesti orang anggap macam merapu kan? tapi lela suka macam ni. Hahahaa. Mahal murah tu lain cerita, asalkan nampak cantik dimata. Ada je orang cakap lela ni kuat demand, high maintenance tapi sebenarnya dia tak tahu, bukan nya makan modal yang besar untuk mencipta pengalaman dan memori. Tak tahu siapa yang menyokong dan membantah statement ni. Hahaha. Yang pasti lela tak kisah korang nak cakap apa, i know myself more and i love myself.


Harap boleh picnic macam ni lagi lepas ni. Sebenarnya ni bukan kali pertama lela picnic dekat sini. Dah pernah dah sebelum ni dan serius jatuh cinta dengan tempat ni. Boleh baca entry lepas kat sini ya.

PICNIC DI TASIK TIMAH TASOH

8 comments

  1. Cantik blog Leyla sekarang...

    Seronok pulak tengok picnic macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai bonde. mekasih puji blog kite. hehhe

      Delete
  2. Hai..sy follow blog awk..seriously blog awk sgt cantik, clean & gambar2 sume mmg clear & cantik!

    btw, if sudi jom singgah & follow blog sy:) http://hyheejabs.blogspot.com/

    TQ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih follow dan puji blog kite :) lela dah follow blog awk :)

      Delete
  3. Kalau akak tak ada internet, memang game je lah kerjanya. Sekali sekala pergi picnic dengan persekitaran alam semulajadi memang best.. Pastu tengok gelagat orang sekeliling.. :)

    ReplyDelete
  4. wah...style sangat you! mata saya terus tertancap pada air sparkling tu...sedap tak?

    ReplyDelete
  5. rindunya nak ke timah tasoh

    ReplyDelete
  6. sedapnya strawberi tu. hahahaha. x pernah lagi p sini. macam banyak je kena bookmark tempat dari blog lela ni haha

    ReplyDelete