Followers

MY MUM MY BFF

Assalamualaikum.

Korang pernah tak rasa time kecik kecik dulu rasa macam anak angkat je dalam keluarga ? Rasa macam mak ayah tak sayang kita pun ? Rasa macam buat semua benda salah. Buat ni tak boleh, buat itu tak boleh.

Pernah tak ? pernah tak ?

Aku memang konfem lah pernah sebab tu aku tanya korang. Sampai tahu tahap rasa nak lari dari rumah sebab nak pergi mana mana pun tak boleh. Tak bebas macam orang lain. Tapi tu suatu ketika dahulu laa. Zaman kecik kecik tak matang dulu.

Pernah rasa jeles gila dengan kakak aku sebab dia boleh sembang dengan ma macam kawan, gelak gelak gurau senda. Rasa macam ma lagi sayang anak tiri dari sayang anak sendiri. Hahaha. Perasaan kan memang macam tu.

Tapi bila aku dah berganjak dewasa sikit ni, baru lah aku faham kenapa semua tu terjadi. Sebab masa tu aku kecil lagi, jadi banyak pembelajaran kehidupan yang perlu diajar. Banyak benda yang tak boleh dikongsi bersama lagi sebab masih kecil. Terutamanya pasal hubungan dan perasaan.

Semasa kecil tu adalah proses pembelajaran untuk masa depan. Sebab tu buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Yang boleh hanya lah belajar, belajar dan belajar. Sebenarnya ada sebab kenapa benda benda tu tak boleh. Bila dah besar besar baru faham kan.


Tapi bila aku dah berganjak ke umur 20an, banyak pulak benda yang dikongsi dengan ma. Baru lah aku faham kenapa dulu kakak banyak cerita dengan ma. Banyak gosip macam macam dengan ma. Ssekarang aku sendiri dah rasa. Hehehe. Baru lah faham kan kenapa dulu rasa macam anak angkat.

Sekarang ni kalau on call dengan ma macam macam gosip keluar. Gosip tu gosip ni, tapi tak lupa jugak kena bebel dan warning macam macam. Ma risau sangat aku buat macam macam yang memalukan family. Ma, kita pun risau jugak tau, sebab kita tak tahu syaian boleh buat lebih daripada tu, walaupun iman dah cuba sedaya upaya dikuatkan tapi kita juga manusia biasa kan.

Paling mengujakan aku, aku dah boleh cakap pasal hubungan dan perasaan dengan ma, Hubungan tu hubungan yang belum kahwin okay, bukan cerita lepas kahwin. Kalau sebelum ni aku cukup malu nak cerita apa apa dekat ma. Sekarang aku rasa macam ma tu kawan baik aku sebab boleh cerita benda macam ni.

Ma pulak excited pulak dengar dan bagi nasihat. Terima kasih ma sebab faham nak ma yang sorang ni. Ni semua sebab semua mak saudara aku dah taken dan yang muda dari aku dah kahwin, yang sama umur dengan aku pun dah nak bertunang. Cuma aku yang terkontang kanting masih tidur dengan buku lagi.

Mungkin ma risau jugak sebab aku tak pernah bawa balik kenalkan pasangan dengan ma ayah. Maaf ma, awal lagi untuk itu. In shaa Allah suatu hari nanti. Raya tahun ni semua duk tanya aku

" mizah bawak balik 'kawan' yati bawa balik 'kawan'. kak na tak ada 'kawan' ka?

 Bukan setakat ma dan family, orang kampung aku sekali duk tanya. Haishh sabar ya semua.

Lepas ni dah boleh bercerita dengan ma macam macam. Ma pun kalau ada masalah dah luah dekat aku. Banyak minta pendapat aku. Ma pun memang tahu yang aku satu satu nya kawan paling baik yang dia ada. Same goes to me mum.


Terima kasih ma sebab jadi BFF kita. Lepas ni banyak lagi cerita nak borak sama. Tapi malangnya kita balik kampung nanti ma kena pergi KL pulak. Tak boleh nak borak lama lama. Nanti kita celebrate birthday ma sama sama ya. Tunggu kak na balik kampung. Love from the north.

13 comments

  1. Pernah dik.. Akak rasa diri ni anak tiri. Hahahaha tapi sbenarnya, bila dah besar ni. Akak rindu nak dgr ibu akak nasihat, larang itu ini untuk kebaikan. :)

    Dalam pada masa yang sama, menyesal. Xdgr ckp.. Lebih2 lagi bila nasi dah menjadi bubur..

    Akak ni seorang yang degil. Ada perkara yang dilarang, tapi di buat juga. Ish ish ish.

    ReplyDelete
  2. Hehe....mom is the best bff kan....I also want to be the best bff for ammara...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. berkawan rapat lah dengan ank2. sebab kita pun pernah jadi ank suatu ketika dulu kan. hehehe

      Delete
  3. Tu mak ke kakak? Comel... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. percayalah mak kita lagi lawa dari kita

      Delete
  4. Satu entry yg baik tentang ibu. Itu menunjukkan siapa kamu sebenarnya. Teruskan bercerita.


    The best place to cry is on a mother's arms.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. betul. tapi tak pernah lagi down smpai nangis kat bahu ma. tahan je buat2 kuat.

      Delete
    2. Pretty mother with beautiful daughter.

      Delete
    3. Kat profile kamu tertulis jantina kamu lelaki.
      Betul ke tu.

      Delete
    4. hehehe. x perasan laa, baru je tukar. terima kasih inform yaa.

      Delete
  5. setuju.. ibu la tempat yang best untuk bercerita suka duka.. ada je nasihat yg di bagi.. insyallah ada jodoh tu cepat la kawin tu.. hehe..

    ReplyDelete