Followers

JANGAN MENCARI KESEMPUNAAN JIKA DIRI KITA SENDIRI TIDAK SEMPURNA

Tadi aku gigih buat mini projek aku dekat studio. Gosok permukaan prototype aku sampai licin. Dari semalam sebenarnya aku duduk gosok. Aku cuma nampak ada cacat cela sikit dekat permukaan prototype aku tu. Jadi aku usaha lah nak gosok sampai betul-betul smooth dan rata. Hari ni aku duk gosok lagi. Sampai kawan aku cakap

"Dah lah tu, jangan cari kesempurnaan kalau yang sekarang dah cantik, nanti kalau buat teruk-teruk, rosak, lagi lah sedih. Yang dah cantik tadi dah hilang dah"

Menusuk jantung hati jugak lah kata-kata tu. Bukan aku terasa sebab terlalu mencari kesempurnaan. Tapi apa yang dia cakap tu ada betulnya jugak. Bukan untuk aku sorang tetapi untuk semua orang. Apa yang dah ada depan mata kita tak hargai, kita sibuk mencari yang lain yang belum tentu akan sempurnakan kita. Cewaaah, jiwang pulak aku malam ni.

Aku bukan manusia sempurna. Banyak silap. Banyak cacat cela nya. Allah tu maha penyayang, Dia tutup semua aib manusia daripada diketahui manusia lain. Semua tu demi menjaga maruah manusia itu sendiri, tetapi kadang-kadang aib ni tersebar melalui banyak perkara. Dengan mulut pun boleh sebarkan aib. Bukan aib orang lain, aib kita sendiri kadang-kadang terlepas kata. Sempurna kah manusia seperti ini?

Ada sebuah cerita teladan, mungkin semua dah tahu, tapi takpe, untuk mereka yang tak tahu lagi lah yee.


KISAH MENCARI BUNGA YANG PALING CANTIK 


Suatu hari seorang anak murid bertanya kepada guru.

     " Bagaimana caranya kita mendapat suatu yang paling sempurna dalam hidup..? tanya murid.

     Lantas guru menjawab : "Berjalan lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling cantik menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"

      Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, murid tadi kembali dengan tangan kosong ( hampa).

      Lalu Guru bertanya:  Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?

      Jawab Murid: " Sebenarnya tadi saya sudah menemukan bunga yang cantik tersebut, tapi saya tidak memetiknya, kerana saya fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih cantik. Namun, ketika saya sudah sampai di hujung, saya baru sedar bahawa yang saya lihat tadi adalah yang tercantik, dan aku pun tidak mungkin kembali ke belakang lagi!

      Sambil tersenyum, Guru berkata: " Ya, itulah hidup. Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin kita tidak akan pernah mendapatkannya. Sejatinya kesempurnaan yang hakiki dalam hidup ini tidak pernah ada. Apa yang ada hanya keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan dengan apa yang ada."


   

1 comments