sumber google |
1. Boleh Jadi Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi penyebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
3. Beracun
Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walaupun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.
4. Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu punca utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.
Source : Facebook
14 comments
Nasib x pernah sidai kain dlm umah
ReplyDeletenasib baik. lepas ni mmg takkan sidai kann
DeleteKalau lupa, kak irra akan basuh satu round lagi. Tapi kak irra memang tak sidai di luar. Kalau bukan kes jerebu pon, sbb kat luar tu angin kuat sampai jatuh ampaian. Lagi penat nak mencuci second round...tuk keringkan betul2, memang on kipas lah. Cepat kering. Srbab tu ke rumah berdebu?
ReplyDeletekalau musim jerebu teruk memang tak patut jemur kat luar. memang takkan kering nyaaa. dengan habuk lagi melekat kat baju
Deletesalam jumaat cik aswaleyla tuuu., ;p
ReplyDeletesalam jumaat cik lat
DeleteSekarang ni musim hujan kan, selalu sangat la jemur baju dalam rumah. Nice sharing
ReplyDeletekalau musim hujan tu terpaksa jugak la kan. tapi nnti bau kepam. x suka betul kan
Deletejemur baju alam rumah ikut keperluan :) terima kasih infonya
ReplyDeletebetul. kalau dah hujan terpaksa jugak kan
DeleteKalau musim hujan, no choice jemur gak dalam rumah. Tapi tak boleh buat selalu lah.
ReplyDeletebetul tu. tapi jangan amal kalau hari tak hujan
Deleteohh..ye ke baru tahu ni..tapi kalau hujan mcm mana..kalau umah kg leh jemur bawah rumah
ReplyDeletekalau hujan tu terpaksa jugak la kan. nanti takde baju pulak nak pakai
Delete