Followers

CUTI MID SEM DAH TAMAT.

Selama seminggu bercuti dekat kampung. Selama seminggu jugak lah blog ni bercuti. Satu apa pun tak berupdate. Saja nak bagi peluang dekat blog untuk bercuti. UV makin hari makin kurang. Macam mana tak kurang, Blog tak update siapa nak masuk kan? Jadi hari ni tamatlah cuti mid sem aku. Dan kembalilah aku ke Perlis. Sekarang dah ada d Perlis. Dekat sini ja aku boleh online pun. Kat kampung mana nak ada line internet.



Balik cuti ni macam aku makan, apa aku nak makan mak aku masak. Rasa nya semua macam tu kan ? Tapi biasa nya aku makan banyak kat rumah atuk aku. Sebab makan kat situ simple simple dan kampung habis lah. Sampai aku tak boleh nak tahan dengan godaan makanan tu. Mana tak nya, dia hidang ikan goreng, budu dengan ulam kacang botol, memang tak tahan lah aku. Pulak mak saudara aku duk menghasut aku suruh makan. Memang berlpat-lipat dah perut aku ni. 

Hari tu mak aku buat pulut manis, tapi time tu aku tak ada kat rumah, duk Perlis lagi. Teringin punya pasal, mak aku buat satu kuali besar, ambik kau. Siap aku tapau bawak datang Perlis lagi. Sempena Deepavali ni aku buat biskut siput, taruk kari dan daun kari sikit, kasi ada feel deepavali sikit. Tapi lupa taruk telur. Dah siap goreng, keras bergegar otak aku makan. Ok la, lambat habis kata ma.

twitter


Duduk melepak rumah atuk aku, belajar buat kuih badak. Cucur badak mungkin. Menjadi, rupanya senang je buat kuih tu. Lepas tu nak belajar buat kuih peria tapi tak cukup masa. Padahal malas dah. next time cuti boleh belajar lagi. Nak belajar semua jenis kuih hajatnya. Ok. sekian laporan habis cuti.


2 comments

  1. wahh rajinnyer belajar buat kuih., hehe2 lenkali jgn lupa letak telor unta.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau letak telur unta konfem lembut gilos

      Delete