Followers

WORK FROM HOME.

Hai, Assalamualaikum.


Bermula dari hari khamis hari tu kami pun kena start WFH, tapi alternate maksudnya tak semua akan WFH, ada jadual yang kami masih perlu masuk office, tapi best ke WFH ni? Personally pada aku ada best dan ada yang tak best.

YANG BEST WORK FROM HOME


- Tak perlu bersiap sangat untuk ke office. Cukup sekadar mandi bersih-bersih, pakai pakaian yang bersih-bersih dan boleh mulakan kerja.

- Masa flexible, sambil buat keja sempat lagi aku masak untuk makan tengah hari. Tak ada lah aku kena bangun awal pagi siapkan bekal untuk pergi keja.

YANG TAK BEST WORK FROM HOME


-Guna internet sendiri dan elektrik sendiri. Perlukan internet berkelajuan tinggi untuk connect dengan server dekat office. Aku kerja masih lagi guna server dekat office. Which mean aku pakai software AnyDesk. Jadi aku guna laptop personal tapi control PC dekat office. Jadi bila aku kerja dekat sini, PC dekat office aku akan bergerak-gerak macam ada invisible woman tengah kerja dekat situ ya. 

- Kena sediakan tempat untuk bekerja. Aku buat kerja dekat meja makan je. Kalau buat kat bilik, nampak katil rasa serba salah pulak kalau tak baring dekat katil ye dak?

-Kerja lambat nak siap! Laptop akan move bit slowly sebab dia monitor dua pc yang berbeza.Ada lagi gangguan yang dalam kepala ada je pikir nk google itu ini, bukak blog siap 1 entry akibatnya hari sabtu ahad pun aku still bukak kerja sebab nak submit isnin.

Jadi, aku memilih untuk kerja dekat office, lebih convenience dan ada environment bekerja. Jadi kerja lebih effective dan cepat. Tapi disebabkan pendamic ni, kita kena terima dan harus sama-sama berkerjasama membendung penyebaran COVID 19. Tahan la sekejap dengan Normal Baru ni. Semoga bumi ini cepat pulih. Ameen. 

3 comments

  1. tu lah., samala dgn wak., hahaha
    keje patut leh siap satu hari., sabtu ahad pown x siap2 lagi nih., huhuhu

    btw, tu 3D model jugak ke? leh buat animasi sekali? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah wak. pakai solidwork. ade animasi. senang sikit rasanya pakai solidwork :)

      Delete
  2. Part kerja lambat siap tu setuju sangat! Ada aja gangguan sana-sini :)

    ReplyDelete