Followers

SPAGETTI CARBONARA MUDAH TAPI RASA MEMANG SEDAP. WAJIB CUBA!

 Hai. Assalamualaikum. 

Last time aku ada tengok video chef Anis dekat facebook. Dia share cara nak buat spagetti carbonara guna guna 6 bahan je tanpa guna sos prego atau apa-apa sos. Aku like what??? selama ni aku buat spageti carbonara just guna sos prego dan sampai sekarang tak dapat rasa rich tu. Then sekali aku try cara ni memang betul-betul rasa dekat kedai dan sangat rich ya rasa dia. 

Bahan-bahan nya sangat simple.

- Spagetti 

- Kuning Telur 

- Parmesan Cheese 

- Herbs / oregano

- Blackpaper 

- Beef bacon / chicken

Cara- cara.

- Rebus spagetti sehingga lembut, tambah kan sedikit garam kedalam air rebusan. Tambah sedikit olive oil supaya dia tak melekat.

- Dalam pan, masukkan beef bacon/ chicken fry sehingga masak, atau garing sikit kalau beef bacon lagi sedap. 

- Sambil tu masukkan cheese kedalam mangkuk kuning telur, kacau sehingga sebati, ambil air dari rebusan sapgetti tadi sedikit demi sedikit supaya boleh kacau cheese dengan mudah. 

- Masukkan spagetti yang dah lembut tadi kedalam pan dan goreng kejap bersama beef bacon. Masukkan kuning telur dan cheese tadi, sambil gaul supaya tak berketul. Masukkan air rebusan tadi sikit demi sikit untuk bagi dia moist atau berkuah. kalau suka kan spagetti yang creamy boleh tampah fresh milk untuk kuah. 

- Last sekali masukkan blackpaper dan gaul sebati, tak perlu garam dah sebab air rebusan tadi dah ada garam. taburkan herbs dan sedia dihidang

- Selamat mencuba~



5 comments

  1. Yummehhh. Nampak tempting sangat spagetti tu...

    ReplyDelete
  2. omaii lagi senang rupanya..haa AD selama ni guna sos yg dalam tin je..men curah je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samaaa. kita punya pakai carbonara tin tu dan mangharapkan rasa macam kat kedai

      Delete
  3. hai,jemput join GA saya..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete