Followers

THE ENGAGEMENT RINGS

 Assalamualaikum, happy weekend guys! 

Weekend ni kami keluar cari cincin untuk tunang dan merisik. Aku jenis nak prepare dulu sikit-sikit. Dah ada duit sikit, kita beli sikit. Janji settle dah sikit. Tak nak tunggu duit banyak baru nak beli sekali gus, nanti takot bajet lari banyak. Eh, ke sebab dah tak sabar. hehe. 

Walaupun majlis lambat lagi, awal-awal prepare yang mana boleh prepare, lagipun harga emas ni tak menentu sekarang, sekejap naik sekejap turun, aku risau kalau tahun depan harga naik lagi tinggi. Lagipun tak rugi kalau beli awal kan. 


Kami beli dekat Merchant 9 TTDI. Sini bagi aku selesa sebab dalam keadaan Covid mcm ni memang kena lebih berjaga-jaga. Sini nak masuk pun memang limitkan beberapa pelanggan je, then yang lain tunggu kat luar dan disediakan kerusi jarak-jarak. Bila masuk pon terus diberi kaunter untuk kita dapatkan bantuan. Ingatnya nak survey je dulu, tapi tengok bajet dah cukup dengan bajet kami, design cincin pun dah berkenan, jadi kami terus beli siap-siap dekat sini. 

Harga emas semalam RM254 per gram. Bila nak memilih cincin, aku dah siap-siap bagitau jurujual tu bajet aku dan nak match-matching kan 2 cincin. Cincin merisik dan tunang. Cincin merisik macam biasa ambil cincin belah rotan, cincin tunang aku ambil cincin permata satu sebab rancangnya kahwin nanti dah tak bagi cincin, bagi lain pulak. Then dah dapat cincin yang aku berkenan dan yang penting masuk dalam bajet kami. Alhamdulillah semalam dapat diskaun 45% untuk cincin permata, design baru pun dapat harga murah. Rezeki kami. 




yeyyyyyy !! Happy me! thanks sayang!

✅ Cincin Merisik
✅ Cincin Tunang


Alhamdulillah, unlocked task, lets move to the next task! 

Lepas dah selesai beli cincin, tak tahu nak kemana, memandangkan sekarang mall dah di blacklist dalam perjalanan hujung minggu kami. Then tiba-tiba sebut bukit tinggi,  jadi jommm. 


Tapi bukit tinggi sangat lah ramai orang dan aku expect dekat sini sejuk, rupanya indah khabar dari rupa. Bagi aku sangat tak berbaloi naik sini. Ramai sangat orang dan tempat ni sangat kecil. Then kena bayar for RM14 per person tapi tak ada apa pun kat atas, semua kena bayar lagi. Aku tak jumpa dekat mana Japanese Village dan malas nak cari sebab dah spoil mood sebab ramai sangat orang. Kejap je kami terus balik. 


Termenung kejap pikir mana datang orang ramai-ramai sampai penuh macam ni. Kami risau tengok orang ramai-ramai macam ni. Paranoid dengan sekeliling. 



This face like, sayang lepas ni kita jangan datang lagi. hihihi. And suddenly we miss Fraser Hills. sebab sana tenang dan sejukkkk 😁 Nanti nak kena repeat sana lagi lah. Harap kat sana masih bertenang dan tak crowded dengan orang ramai.

You Might Also Like

2 comments

  1. Tahniah
    Semoga dipermudahkan segala urusan persiapannya

    ReplyDelete