Followers

STUDIO PAK 21 SK PAK BA SETIU VIRAL 1 MALAYSIA

 Hai Assalamualaikum. 

Sk Pak Ba, satu sekolah pedalaman yang menghasilkan murid-murid bercita-cita besar. Satu kampung yang sangat terpencil, jauh dari bingit ibu kota, dipinggiran bukit.

Yap, sekolah yang mana mengajar aku A B C sehingga jadi aku yang sekarang. Sedari dulu, sekolah Sk Pak Ba di hantar cikgu-cikgu terbaik, sejak dari aku tadika, aku kenal cikgu-cikgu yang tak pernah jemu mendidik kami. 

Musim banjir, jalan excess ke kampung akan tertutup dengan limpahan air. Tapi cikgu-cikgu sanggup redah banjir untuk datang ke sekolah, jalan sangat teruk, kena excess jalan alternatif, buka jalan utama. Zaman kecik-kecik dulu selalu ada kelas malam, dan cikgu-cikgu akan datang malam-malam untuk ajar kami, redah gelap malam kadang-kadang ada yang jumpa hantu tau. yes, ini betul. So how can i did not respect their sacrified ? 

Tapi zaman semakin berubah, semua tu dah berlalu tapi cikgu-cikgu di kampung pak ba masih sama, masih berkorban untuk sekolah tu walaupun cikgu-cikgu silih berganti. Syukur sebab dapat cikgu yang masih mahu mendidik anak-anak kampung seperti kami. 

Wahh panjang betul intro, sebenarnya nak cakap pasal isu viral sekolah di make over, dari tahun lepas sampai tahun ni tetap dengan lonjakan dia. Ya, sekolah pedalaman yang dulu nya tak pernah diketahui kewujudan tapi mendapat nama satu Malaysia atas usaha Sir Nordin. Thank you so much Sir Nordin. 

So let see the before after photo. 



Betul-betul berjiwa kental ya Sir Nordin make over kelas sampai jadi satu studio yang hipster. Dari sekolah yang berstruktur lama terus jadi satu studio hipster. 

After make over. 





Murid-murid mana yang tak teruja dengan keadaan kelas macam ni kan. Mesti laju je murid-murid nak belajar kalau belajar dalam suasana santai macam ni, suasana yang tenang dan cantik sangat mempengaruhi minda kanak-kanak tau. Jadi kelas kena cantik-cantik dan bersih baru lah murid bersemangat nak belajar. Semoga Sir Nordin terus menjadi idola, role model untuk anak-anak kampung seperti kami. 



Sempat jugak kami melawat kawasan sebagai alumni sekolah rendah ni. Banyak dah kunjungan-kunjungan dari pihak-pihak lain, jadi jabatan-jabatan pendidikan, pendidik-pendidik dari sekolah jiran, dan pendidik-pendidik dari negeri lain pun datang melawat, Alhamdulillah dari sebuah sekolah terpencil sehingga kami dilawat dan disebut-sebut. Dalam gambar ni dua orang bekas pelajar yang berlumba-lumba belajar sampai lah dah besar panjang, Alhamdulillah sorang dah jadi Guru dan sorang dah jadi Mechanical Designer. Tiada yang mustahil bagi yang bercita-cita tinggi walau dimana pun korang berasal. 

Semoga anak-anak di Kampung Pak Ba terus bersemangat untuk capai cita-cita, terus kan belajar tanpa jemu, ilmu sangat penting untuk masa depan, dengan ilmu, korang boleh hidup dimana-mana je, dengan ilmu korang boleh tentukan dimana korang suatu hari nanti. Ingat ya adik-adik. 

See you next entry! thanks for reading this entry! 



1 comments