Followers

Peluang Pekerjaan Menanti Anda Bersama Program GENERAtE!

Assalamualaikum. hari dapat email tentang peluang pekerjaan, ye ah zaman sekarang susah sangat nak cari pekerjaan kan. Jadi tak boleh lah kita nak memilih sangat dalam berkerja. Kepada yang sedang mencari pekerjaan boleh lah cuba ni.



Skills Johor sedang bekerjasama dengan UniMAP untuk membantu alumni UniMAP mendapatkan pekerjaan. Adakah anda kini sedang mencari pekerjaan?

Skills Johor sedang melaksanakan inisiatif HRDF untuk melengkapkan  dan membantu siswazah:
i. dengan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan oleh industri yang akan meningkatkan kebolehpasaran mereka;
ii. dengan pengalaman kerja yang berkaitan yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka;
iii. menerokai laluan kerjaya untuk graduan; dan
iv. penempatan pekerjaan.


Di dalam tajaan kerajaan ini, graduan akan menyertai latihan kemahiran selama 2 - 4 minggu, dan kemudian akan ditempatkan bersama industri sebagai pekerja tetap secara PERCUMA!

Kami mempunyai program yang sesuai kepada anda sebagai Graduan Diploma Kejuruteraan dan terdapat peluang pekerjaan yang menanti anda sejurus tamat latihan .

Jika anda berminat dan bersedia untuk membina kerjaya anda, sila isi maklumat anda pada link di bawah:

Link borang pendaftaran:
http://www.skillsjohor.com.my/pendaftaran-program-graduates-enhancement-programme-for-employability-generate

1 comments

  1. dekat Johor je ke.. jauhnyaaaa o.O
    tapi elokla yang belum bekerja macam CT ni cuba apply hehe..

    ReplyDelete