Followers

Bagaikan Di New Zealand

Satu lokasi yang cukup menarik untuk photoshoot outdoor dan macam macam photoshoot lagi. Tapi tidak lah boleh sesuka hati masuk ke sini bercengkerama dengan pasangan. Sebab nak masuk sini kena bagitahu pak guard dulu dan kena betul betul ada tujuan lah. Dua kali aku ke sini dalam bulan ni untuk sesi photoshoot outdoor pengantin. 


Kalau macam ni pemandangan nya, agak agak ada macam New Zealand tak ? Cuma tiada lembu lembu meragut rumput kerana ini kawasan padang ragut biri biri, tetapi sayang nya waktu ni biri biri tidak dilepaskan meragut. Ada masa tertentu sahaja biri biri dilepaskan. Tak tahu lah sama ada dibenarkan bergambar ataupun tidak ketika biri biri dilepas meragut. Time tu la lagi cantik pemandangan.


Hari pertama. Waktu 5 pm. Memang panas dengan pakai baju kebaya mulut merah, hari raya ke 3 lah katakan. Lepas habis majlis bersanding terus datang untuk outdoor. Aku bukan lah photographer profesional, cuma bantu pengantin ambil gambar untuk kenangan sahaja. 

Hari ke dua. waktu 10 am. Rumput segar dan masih basah sebab malam tu hujan lebat, Lambatlah rumput nak kering. Tapi pengantin haruslah kena golek tergolek dalam rumput ni jugak kan. 




Pengantin pertama petang tu. Siap buat video ala ala Dilwale lagi, Klik sini untuk tengok video Dilwale mereka. Kalau pengantin sporting best lah nak buat apa pon, nak golek golek turun naik bukit pun tak apa lagi. 




Pengantin kedua malu malu sikit. Tok guru aku dari kecik sampai besar. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku belajar dengan dia, Terima kasih untuk semua ilmu yang diajar. Sekarang dah jadi pegawai kaunseling, aku kena kaunseling pulak. Hehehe. Dia malu malu sebab perkahwinan ni diatur oleh keluarga, Waaa. zaman sekarang mana nak ikut aturan keluarga, tabik la akak, aku pun nak macam tu jugak lah,


So macam mana ? agak agak macamNew Zealand tak tempat ni ? Haaa, Terengganu pun ada New Zealand taw, bukan sabah je ada, Cuma tak sejuk je. Ni New Zealand Malaysia, panas. 

1 comments

  1. ok serius cantik tempat ni. tenang nampak kehijauannya :D

    ReplyDelete