Followers

DIY : MANIK BAJU RAYA

Yeeyyyy.. Baju raya dah siap. Ni pertama kali baju raya aku siap awal. Biasa nya malam raya baru siap. Biasa lah mak sendiri yang jahit. Sibuk jahit baju orang lain dulu. Last sekali baru baju raya family sendiri. Baju raya aku dari kecil sampai besar tak pernah lagi beli yang dah siap, mesti beli kain dan ma yang jahit. Jadi design aku sendiri lah nak buat macam mana pun.

Yang penting nak naikkan seri baju tu adalah manik. Manik aku beli dekat Jakel je. Kalau nak beli by packet memang agak mahal kalau kita bukan tukang jahit. Rumah aku tak apa lah manik ada satu bekas container hardware tu sebab jahit manik baju pengantin sekali. Kalau nak jimat beli je dekat Jakel tu. Jangan la beli sampai 2 3 meter, memang mahal la, hari tu aku beli setengah meter je. Cukup untuk 2 pasang baju lagi.

Tips dia, pasang sederet dekat pinggang je, dekat tangan jahit satu satu lah, Kena rajin banyak la nak hadap dia. Bukan lama pun.


Nah, manik tu aku beli yang panjang gitu. aku pilih warna putih sebab lebih selamat dan warna coklat tak ada sebenarnya. Gunting lah bahagian yang tak perlu tu. Lepas tu ukur setakat mana yang kita nak. Aku ambil setakat depan pinggang je. Tak payah lah nak letak sampai ke belakang yee.


Jelujur dulu besar-besar baru jahit kemaskan. Tujuan jelujur untuk pastikan manik tu berada di tempat yang spatutnya lah. Untuk bahagian tangan, Ceraikan manik tu satu satu bagi yang lebih tadi. Lepas tu boleh lah jahit ikut kreativiti kita. Susun dulu atas baju sebelum jahir untuk dapatkan bentuk yang sesuai dan disukai. Lepas tu baru jahit.


Ni yang aku jahit untuk bahagian tangan baju sepupu aku.


Teaser baju raya sikit. Ada ekor kucing pulak menyibuk dekat situ. Satu je la gambar baju. Design lama dah sebenarnya tapi saja aku malas nak pakai baju kurung. Suruh ma buat jadi macam ala ala puplem.

Mak cik lela yang tengah kusyuk menjahit manik dekat baju raya nya. Lepas ni ampa boleh la jahit sendiri manik dekat baju ya. Tak ada lah membazir duit bayar tukang jahit kan. Lebih seronok sebab boleh ikut design sendiri. Hasil tangan sendiri kan lagi puas hati.


Selamat hari raya dari Cerita Bersarang. Opps ? cerita bersarang ? Rasa nak guna nama ni pulak. Tapi dalam pertimbangan lagi. Moga moga muncul lah cerita bersarang nanti ya.

2 comments

  1. wow.. pandai menjahit.. CT blajar time KH x lepas ahaha..
    semua hulur kat mak jugak.. best baju manik2.. berat suka.. bagusnya =D

    ReplyDelete
  2. singgah nak ucap selamat hari raya.. lately jarang jenguk kawan2..
    salam aidilfitri.. have a blast raya.. maaf zahir batin =)

    ReplyDelete