Followers

BERHENTI BERHARAP PADA YANG TAK SUDI.


Berharap adalah penyakit yang paling sakit dalam perhubungan. Berharap juga lebih kurang sama dengan bertepuk sebelah tangan, mungkin maksud nya berbeza sedikit tetapi tetap dalam situasi yang sama. Tak kira si jejaka berharap pada si gadis atau sebaliknya. Bukan kisah aku, Cuma kisah untuk beri kesedaran kepada yang masih berharap diluar sana.

Mungkin kita akan terfikir, apa kurangnya aku, apa lebihnya dia, tak kan perkara kecil membuatkan dia tak boleh terima kita. Hanya kekurangan yang tak sebesar mana pun. Kenapa susah untuk dia terima kekurangan kita? Sebenarnya bukan masalah kekurangan atau kelebihan tapi soal hati, bila hati dah taknak, nak paksa apa lagi. Cinta tapi masih cintakan orang lain. Apakah itu satu alasan? satu alasan untuk menyejukkan keadaan, alasan untuk memulihkan keadaan.

Kalau dah sekali kena hina, kena cakap macam macam kenapa masih lagi tak sedar. Bukan sedar diri yang memang kurang, tetapi sedar yang dia memang tak nak, kenapa masih nak buang masa, masih nak keraskan diri dan lupakan hinaan dulu? Sekali kena, cukuplah. Lupakan. Atau lebih dikenali sebagai move on pada zaman sekarang. Move on susah? Sebenarnya tak susah kalau kita membenarkan ia melupakan. Mungkin mengambil masa, tapi masa tu tak lama kalau kita memang nak lupakan. Masalah sekarang kerana masih berharap. Berharap pada yang tak sudi. Berbaloikah? Berbaloikah sakitkan hati sendiri untuk hubungan bertepuk sebelah tangan?

Perlukah berhubung dengan orang yang dah hina kita? Ya, mungkin perlu atas dasar kawan. Nabi sendiri marah kalau kita tak bertegur selama tiga hari berturut turut. Tapi sebelum tu tanya hati, adakah aku berhubung kerana kawan, atau aku masih mengharapkan dia memilih aku berbanding lelaki lain? Tepuk dada tanya hati. Kalau hati masih lagi mahu berharap, masih mahu jadi bahan simpanan, teruskan. Mungkin simpanan kalau kalau dia putus. Kalau betul betul mahukan dia, usaha. Usaha majukan diri, bukan usaha mengorat sampai dapat, sampai bertumbuk lebam sana sini. Kalau kita usaha majukan diri, mungkin kita akan dapat dia, mungkin jugak tak, mungkin jugak akan dapat jauh lebih baik dari dia. Jadi kenapa masih lagi nak berharap? Tak cukup dengan kecewa semalam? Mahukan lagi kecewa? Common guys, jangan jadi lemah sebab cinta, masih banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Belajar? Kerja? Hubungan keluarga? Hubungan kawan? Nak letak mana kalau kita sibuk dengan masalah cinta?

Jangan kerana masalah cinta, hubungan dengan yang lain terputus terutama nya hubungan dengan ALLAH dan keluarga. Kawan mungkin ada untuk mendengar dan menasihat, tetapi kalau setiap masa, mampu kah kawan nasihatkan benda yang sama setiap masa? Kawan juga manusia yang punya masalah. Tuhan dah aturkan yang terbaik. Apa yang penting adalah SABAR. Tiba masa yang sesuai, Tuhan akan tunjukkan jalannya. Menunggu jodoh Allah itu kan lebih baik daripada mengejar jodoh manusia.

Maaf jika ada yang terguris dengan entry ini, Cuma memberi ingatan kepada yang masih berharap dan diri sendiri yang suatu masa nanti akan turut berharap. Doa supaya aku mampu bersabar harapkan jodoh dari Allah diwaktu yang tepat. Amin.


0 comments