Followers

jangan terlalu obses bercinta


Obses dengan cinta ? 

Sebenarnya obses Dengan cinta ni adalah penyakit yang tak ada ubat dan tak ada nasihat . kenapa aku cakap macam tu ? Sebab penyakit ni kalau diberi nasihat oleh kawan kawan pon si kemaruk cinta takkan dengar nya. Percaya lah apa aku cakap.  

Dua tiga hari ni aku duk dengar je cerita kawan aku yang tak tahan dengan kekasih dia. Tapi kalau suruh putus dia tak mahu. Obses dengan cinta ni banyak situasi.

Situasi pertama

"Awak, saya nak keluar dengan kawan saya taw. Perempuan " 

"No. Tak boleh"

" tapi kawan saya ada game, saya nak pegi sokong dia. Lagipun dia perempuan jugak, bukannya lelaki " 

"No. Saya cakap tak boleh dan muktamad. Masa saya tengah game awak tak datang pon tengok saya"

Padahal masa tu si perempuan sibuk dengan parents dia. 

Situasi kedua

"Awak jangan buat saya benci awak. Jangan tipu saya. Kalau awak pergi jugak siap awak" 

"But why ? Kenapa tak boleh ?Kenapa hari tu awak tengah game ramai je kawan perempuan awak datang sokong. Saya tak cakap apa pon "

"Tengok diorang sanggup datang sokong saya. Tapi awak ? "

"Kan saya bizi dengan parent masa tu "

"Jawapan saya tetap no dan kalau awak nak gi jugak tengok lah apa jadi kat saya nanti "

Esoknya

"Awak, saya excident patah kaki"

Dan.... 

Hakikatnya lelaki tu tipu je yang dia excident. 

Dan....

Perempuan tu masih boleh maafkan si lelaki dan terpaksa batalkan niat nak pergi sokong game kawan baik nya sendiri. 

See? Sampai bila perempuan nak jadi macam tu. Tolong bawa haluan sendiri. Jangan jadi hamba pada cinta. Kita ada hala tuju kita sendiri. Memang sedih terkilan terluka bila kita tinggalkan orang yang kita sayang. Tapi percaya lah, kalau kita redha dengan keputusan kita, kita takkan rasa sedikit pon penyesalan tu. Redha dan ingat yang mungkin dia bukan jodoh kita. Kalaupun dia jodoh kita, temukan semula pada waktu yang sesuai. 

Siapa kata kita tak boleh hidup tanpa kekasih. Boleh. Sangat boleh. Malah lebih bahagia. Aku pernah lalui semua tu. Semua orang pernah lalui situasi tu. Tapi untuk kita sedar kesilapan tu, mengambil masa yang lama. Tak apa. Take your time and think. Buat keputusan yang paling boleh membahagiakan hati kita. Bukan hati orang lain. 

6 comments

  1. pulun sangat tu nak izin bagai.mintak izin mak ayah lah.

    ReplyDelete
  2. nice sharing leyla :)

    ReplyDelete
  3. cinta......semua hanya tipu belaka......carilah cinta sejati selepas bernikah

    ReplyDelete
  4. Sederhana itu lebih baik ...

    ReplyDelete
  5. paling menyampah kalau macam tu, obses dengan cinta...kalau dah kawen tak pula nak obses bagai. selagi tak halal baik tak payah nak obses sangat, bercinta dulu dengan yang SATU sebelum nak obses dengan manusia.

    ReplyDelete
  6. ahahha tinggal je la weh laki cemtu.. apa hal ? belom kawen dah nampak
    saiko apa lagi nanti da kawen.. kalo da kawen lagila theres no turning back..

    ReplyDelete