Followers

TIPS MASUK UNIVERSITI


Assalamualaikum.
Dekat media sosial sekarang heboh duk cerita tips masuk U. Banyak sangat tips yang dikongsikan. Ni aku nak satu kan semua jadikan satu entry. Sebenarnya nak masuk U tak payah pon nak pakai tips tips bagai. Just follow the flow dan jangan silap langkah. Tapi tak pe lah, mungkin entry ni boleh bagi sedikit nasihat dan perangsang untuk adik adik semua. Hakak masih sibuk dengan latihan pentauliahan, jadi tak sempat nak ambil tahu pasal sambung study ni lagi.


TIPS MASUK UNIVERSITI 1

Hari pertama korang mendaftar tu harus lah berpakaian formal seperti baju kurung bagi muslimah, baju kemeja bagi perempuan bukan muslim dan bagi lelaki. Yang penting berkasut tutup. Jangan pakai sandal ataupun sliper, nanti tak boleh masuk mendaftar. Pakai kasut yang tak ketat sebab takot melecet pulak kaki tu. Semasa daftar kena berjalan agak jauh untuk selesaikan semua dokumen dokumen penting. Jangan lupa bawak semua dokumen yang diminta. Masa ni memang mak ayah tidak dibenarkan untuk ikut kita mendaftar. Semua perlu dibuat sendiri. Kan dah besar, berdikari la sikit. Nanti pon kena tinggal mak ayah jugak kan. Tapi jangan risau, mak ayah akan diberi tempat menunggu. (Ni pengalaman aku sendiri)

TIPS MASUK UNIVERSITI 2

Lepas dah siap mendaftar, dah dapat kolej kediaman  dah dapat bilik, terus balik sana bila dah dapat kebenaran pihak universiti. Kemas barang apa yang patut. Mak ayah mungkin dah nak balik masa tu. Lepas mak ayah dah balik, ambil kesempatan kemas barang dan berkenalan dengan housemate dan roommate. Sila allert sebab akan dipanggil bila bila masa sahaja kerana orentasi akan bermula pada petang atau sebelah malamnya.

TIPS MASUK UNIVERSITI 3

Hadir semua sesi orentasi kerana banyak perkara penting yang perlu kamu tahu mengenai universiti yang kamu daftar semasa minggu orentasi berlangsung. Jangan bercita cita nak ponteng ke apa. Sebab mungkin masih ada dokumen yang perlu diselesaikan sepanjang orentasi. Kalau korang ni jenis suka sertai aktiviti universiti, sertai dari minggu orentasi contohnya korang suka aktiviti persembahan pentas, sertai kelab kebudayaan untuk persembahan malam akhir. Baru lah staff kenal korang. Lepas ni senang la nak join aktivii universiti.

TIPS MASUK UNIVERSITI 4

Peringatan keras !
Jangan terlampau taksub dengan "sek kito jange pecoh" sebab korang di negeri orang. Apa salah nya buka minda buka hati untuk berkawan dengan negeri atau kaum lain. Jangan tubuhkan puak "sek kito jange pecoh" di universiti, kelak akan di benci. Sebab tak bergaul dengan orang lain. Andai kata suatu hari kita susah, tak ada orang nak tolong. Sama jugak macam geng geng divas. Pliss dont do that. Berkawan lah dengan semua orang di setiap lapisan.

TIPS MASUK UNIVERSITI 5

Berjimat cermatlah dengan wang sebab matawang sekarang dah jadi 1dolar = RM3.98. Kalah pointer korang. Ingatlah yang mak ayah kita bukan orang senang nak dapat duit. Kalau boleh mintak biasiswa, mintak lah. Kalau tak boleh, mintak lah ptptn, sekurang kurang nya boleh meringankan beban mak ayah kite yang nak bayar yuran beribu ringgit. Walaupun korang masuk ipta, yuran tetap mahal kecuali UiTM. Kalau yuran UniMAP, memang tak dapat la nak murah. Kalau nak cari duit untuk back up tima kau susah, join la palapes. In shaa Allah duit elaun palapes dapat membantu kau time susah. Seriua aku cakap, masa duit ptptn kau dah habis buat belanja awek, wallet kau kering sekejap, lepas elaun palapes masuk. Sakan la pulak kau pergi belanja awek. Jangan jadi macam tu ok. Simpan la untuk kegunaan masa kita kesuntukan wang.

TIPS MASUK UNIVERSITI 6

Jadi lah salah seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti universiti. Jangan asyik berperap dalam bilik lepas tu tengok anime, runningman lepas tuain game. Jadilah pelajar yang produktif. Baru lah ada feel student universiti.


TIPS MASUK UNIVERSITI 7

Bab belajar aku tak nak sentuh. Pandai pandai kau lah. Kau nak dapat pointer bagus, kau cari lah kawan kawan yang rajin study. Sebab kalau aku cakap  kena selalu study, buat assignment awal pon, tak jadi apa jugak. Sebab aku pon tak buat semua tu. Itu semua terletak pada diri kita sendiri. Kau nak senang, buat cara senang. Kau nak susah, buat lah perangai malas dan sebagainya tu.

Ok lah. Cukuo aetakat tu tips yang aku nak kasi. Semoga berjaya menempuhi kehidupan universiti. Yang penting buang perangai matrik kau, buang perangai sekolah menengah kau. Semua nya akan berjalan lancar.

11 comments

  1. gunakan masa yang ada untuk membina jati diri di universiti


    typo:Cukuo aetakat

    ReplyDelete
  2. dulu kak yoorin masuk u xde pon org nak bg tips macam ni.. masa nak daftar je dah pening & blurr camna lah kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. wah..tips yang berguna..sharing is caring kan...

    ReplyDelete
  4. buang sikap budak2 masa sekolah tu..belajar jadi matang :)

    ReplyDelete
  5. Siap tips lagi ni..hehehe kalau SPM ke laut acaner lela? ;)

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  6. good sharing!Masuk universiti dengan harapann,keluar universiti dengan kejayaan. Ingat ibubapa, universiti bukan tiket untuk kita bersuka ria.

    ReplyDelete
  7. Rindu zaman belajar dulu.. bagus tips ni untuk panduan generasi yang bakal menjadi warga universiti..

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing . sangat berguna :)

    ReplyDelete
  9. hehehe tudia tudia kakak senior kasi advice =)
    rindunyaa zaman uni..

    ReplyDelete
  10. tilltojannah.blogspot.com

    ReplyDelete